Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan kini di landasan tepat bagi tunaikan janji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan kini di landasan tepat bagi tunaikan janji

Sinar Harian
Kerajaan kini di landasan tepat bagi tunaikan janji
Datuk Saifudin Abdullah
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kerajaan kini berada di landasan tepat untuk menunaikan segala janji manifesto mereka.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifudin Abdullah berkata, ini berdasarkan beberapa pelaksanaan janji mereka yang telah di lakukan meskipun belum mencecah 100 hari pentadbiran kerajaan baharu.
"Kami (Harapan) yakin kami berada di landasan yang betul mungkin ada sedikit kekurangan maklumlah pertama kali.

"Dalam masa 15 hari ini beberapa peristiwa penting boleh dianggap sebagai sejarah politik pertama,  kita telah tubuhkan kabinet dengan pertama kali mempunyai Perdana Menteri yang jadi PM kali kedua, serta pertama kali memilih Timbalan Perdana Menteri dari kalangan wanita.

"Dan kita telah melangkah menyelesaikan masalah rakyat misalnya proses mansuh GST telah diumumkan,  caruman untuk suri rumah telah dimulakan...mengenai bayaran PTPTN telah diumumkan, sesi 'pembersihan' kerajaan juga telah dilakukan jadi saya fikir tiga perkara ini telah menunjukkan komitmen kerajaan sedia ada," katanya dalam program Live FB Sinar Harian, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya keyakinan ini dizahirkan menerusi komitmen yang telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Barisan kabinet kedua akan diumumkan secepat mungkin, bagi kami Tun M yang berumur 93 tahun itu sangat  laju bekerja, serta seorang mendalam ketika bertindak, beliau juga kalau lakukan sesuatu perkara itu hendak  secepat mungkin," katanya.

Menurut manifesto Pakatan Harapan, sepuluh janji berkenaan termasuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST); menstabilkan harga minyak dan menghapuskan subsidi bersasar; menghapuskan hutang tidak wajar peneroka FELDA; skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah serta meningkatkan gaji minimum.

Selain itu, ia turut menggariskan penangguhan bayaran balik PTPTN; Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk 1MDB, Mara, Felda dan Tabung Haji; menubuhkan jawatankuasa khas kabinet untuk Perjanijan Malaysia 1963; Skim Peduli Sihat; dan melancarkan kajian terperinci untuk projek mega yang dikelola syarikat bukan Malaysia


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KXrulD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.