Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putrajaya kaji mansuh BTN, agensi lain guna dana kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putrajaya kaji mansuh BTN, agensi lain guna dana kerajaan

Perdana menteri berkata, kerajaan akan mengkaji semua agensi lain yang ditubuhkan untuk kepentingan BN dan menggunakan wang kerajaan.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji keperluan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) dan agensi lain yang didakwa ditubuhkan demi kepentingan sesetengah parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Semua ini (termasuk BTN) akan dikaji sama ada untuk kekal atau mansuhkan. Banyak yang ditubuhkan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN), tetapi mereka guna wang kerajaan untuk bayar gaji,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM, hari ini.
Beberapa individu dan NGO, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyeru kerajaan baru membubarkan BTN di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana ia adalah penghalang kepada perpaduan nasional dan pemikiran kritikal.
Semalam, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan BTN “sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara” dan masih beroperasi dalam “kerangka Perang Dingin” sedangkan dunia sudah berubah.
Katanya, beliau pernah mengikuti kem BTN dan melihat bagaimana peserta berbangsa Melayu diapi-apikan supaya membenci rakyat berketurunan dan beragama lain, selain menyerang parti pembangkang serta mengagung-agungkan parti pemerintah dahulu.
Nik Nazmi berkata, ada cara lebih baik dan berkesan untuk memupuk patriotisme, termasuk dalam kalangan generasi muda.
Pada 2015, BTN berdepan kontroversi selepas pendedahan slaid dalam programnya yang antara lain mendakwa muzik indie ancaman kepada negara.
Pada 23 Mei lalu, Dr Mahahir mengumumkan pembubaran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Profesor Negara.
Perdana menteri dilaporkan berkata, tugas dan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut dimansuhkan kerana mengandungi unsur politik. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J84MdB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.