Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu jual anak kerana mahu beli belah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu jual anak kerana mahu beli belah

BEIJING – CHINA. Seorang ibu di China tergamak menjual anaknya sendiri kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli belah.

Wanita dikenali sebagai Yu itu ‘meletakkan harga’ anak perempuannya berusia 19 bulan sebanyak 50,000 yuan (RM31,138) dan wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli kosmetik pada hari sama.

Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua ‘pembeli’ tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.

Urusan jual beli itu terbongkar selepas Yu membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya di stesen kereta api.

Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati wanita tersebut menerima wang itu yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada hari anaknya ‘hilang’.

Yu akhirnya mengaku membuat laporan palsu untuk mengelakkan keluarganya tahu tentang perbuatannya.

People’s Daily Online melaporkan Yu bersama anaknya, Huahua ke Zhengzhou di wilayah Henen pada pagi 20 Mei lalu.

“Dia kemudiannya menjual HuaHua kepada dua suspek sindiket pemerdagangan manusia dikenali sebagai Wei dan Li di stesen kereta api Zhengzhou.

“Mereka meminta wang tersebut dipulangkan dengan tambahan 10,000 yuan (RM6,227) untuk menyerahkan semula HuaHua. Ketika mereka bertemu, polis bertindak segera memberkas Wei dan Li serta menyelamatkan budak tersebut,” jelas laporan tersebut. – Daily Mail



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KXkXHR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.