Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen persoal twit Dira terhadap Syed Saddiq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen persoal twit Dira terhadap Syed Saddiq


Sinar
Netizen persoal twit Dira terhadap Syed Saddiq
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Pengguna Twitter mempersoalkan tindakan Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar hanya kerana pelakon itu memberi respon terhadap status Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dira dalam Twitter miliknya memuat naik status berbaur usikan terhadap Ahli Parlimen Muar berkenaan.

“Yang berhormat ? Or more like Yang budak-budak,” tulisnya.
Status itu sebagai respon terhadap twit Syed Saddiq berhubung kekalahan Liverpool 1-3 ke atas Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Syed Saddiq dalam gurauan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjaga gol The Reds, Loris Karius.
“Saya sarankan SPRM siasat keeper Liverpool. Hahahahaha,” tulisnya.
Netizen yang terkesan dengan status Dira kemudiannya membalas status itu antaranya;
Che Mat: “Rakyat dh pilih dia.. dia pn 3 kali asian best debater yer.. ko ada ker????”.

BenFaridAzhar: “Masih nak bersuara lagi ke tu? Diam sudah. Anyway at lease he has a high rank position to make a change for the country at the age of 26, kau dah tua gini ade ape ye?”

Pok Yehh: “Takkan 24jam dye nk tweet psl politik n benda serius.. Kau ingt dye robot ke? Have a life laa dira.. Nk sindir pon biar cerdik!”
Dira kemudiannya memberi maklum balas sambil menjelaskan beliau tidak memberi kata-kata cemuhan terhadap Syed Saddiq.
“Haaa ok lah.. x ckp yg buruk pun pasal dia. Yg budak2. Comel lah kan," tulisnya.

Dalam aksi final itu, Real muncul sebagai juara buat kali ke-13 selepas menumpaskan Liverpool di Stadium Olimpik Kyiv.
Kekalahan skuad bimbingan Jurgen Kloop itu sedikit sebanyak disebabkan kesilapan penjaga gawang yang memberi gol mudah yang dijaringkan Karim Benzema pada m-51.

Karius sekali lagi membuat kesilapan dengan membenarkan gol ketiga Real yang disempurnakan oleh Gareth Bale pada m-83.
Gol tunggal Liverpool pula hadir pada m-55 hasil jaringan Sadio Mane.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xhoz5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.