"Aku yang cuci uri anak-anak ku, aku jaga siang dan malam.."- Sajat luah perasaan sedih
Nur Sajat satu nama yang amat popular di kalangan netizen.
Sehingga kini Nur Sajat yang merupakan jutawan kosmetik dan juga ahli perniagaan yang berjaya sering terpalit dengan pelbagai isu.
Namun kontroversi yang melibatkan Sajat turt membuat anak-anaknya terpalit sama.
Melihat ada pihak yang mengata kepada anaknya, Nur Sajat tampil memberi komen panjang lebar, meluahkan rasa yang terbuku di hatinya.
Ini luahan Nur Sajat yang ditulis di laman Ig miliknya semalam.
Jom baca:
"Sedih bila nak menceritakan kehidupan kami. Di pagi subuh ini,saya terjaga dalam mimpi..Ya Allah. Kenapa anak syurga ini kau jodohkan pada ku? Apa dosa anak kecil ini Ya Allah? Salah aku yang hina menjaga anak anak syurga ini Ya Allah
"Aku tahu, aku mempunyai sifat kekurangan pada diri ku, tak bererti aku tak mampu mendidik anak anak ku ke arah kebaikkan.
"Terpanggil di sini, ingin menceritakan anak kembarku. Dilahir serba kekurangan, aku yang mencuci uri anak-anak ku ini, aku yang menjaga siang dan malam, malah sampai aku tak cukup tido menjaga anak anak ku ini.
"Sungguh tertib aku menjaga,sampai nyamuk pun aku tak bagi gigit.. bertapa sayangnya aku pada anak anak kembarku.. sedih aku nak luarkan..aku pun tak meminta aku di jodohkan anak anak syurga ini, dan aku pun tak minta aku lahir sebegini rupa.
"Pernah aku berkata pada mak dan ayah ku,kenapa mak ayah tak bunuh jer Sajat time kecik lagi bila mak ayah tahu sajat serba kekurangan tapi ini semua takdir sayang. Mak mana sanggup membunuh anaknya..
"Sesungguh nya selalu berpesan untuk aku menerima qada dan qadar.. mungkin semua orang tak memahami tetapi ini yang di namakan kehidupan. Termasuk anak anak ku. Saya menjaga anak saya dengan baik, bila besar nanti,dengan nama Allah, tak kan ku meminta belasan jasa untuk anak anak baik ini.
"Bagi aku sudah melaksana tanggungjawab dengan baik untuk membesarkan anak anak ku.. cukup lah setakat itu sahaja.. tak meminta apa apa pun.. cuma aku pinta pada korang semua.. jangan lah HINA ATAU KUTUK harta aku ini
"Kalau anda semua nak kutuk dan hina ,hina lah saya seorang. Tak kisah lah nak hina sampai saya menjadi arwah pun tak apa, kutuk lah.. tapi jangan lah anda KUTUK ANAK ANAK SAYA
"Sedih bila kalian mengata anak anak ku yang tak bersalah ini. Aku harap baik baik dari kalian semua. Semoga di hari baik ini.. kita saling bersangka baik,walaupun aku bukan terbaik di mata Allah... Amin salam
Sumber: IG Nur Sajat
Itulah luahan hati Sajat apabila anaknya turut menjadi mangsa. Kepada netizen di luar sana, janganlah libatkan anak Sajat ye. Kesian anak kecil yang tak berdosa tu. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wktnU3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment