Nukilan Terbaru Ibu Aliff Syukri, Tulis Komen Khas Buat Menantunya, Shahida
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah dikritik hebat oleh orang ramai berikutan satu video tarian yang dianggap keterlaluan bersama dua orang figura bernama Sajat dan juga Lucinta Luna.
Akhirnya setelah ditegur ibunya Rozita Ibrahim, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akur dan memadam video berkenaan.
Tak lama selepas itu, Aliff Syukri telah memuat naik gambar bersama isterinya di Instagram.
Di ruangan caption, Aliff Syukri memohon kepada Tuhan supaya membuat dirinya lebih kuat untuk menghadapi ujian menjelma.
Ini tulis Aliff Syukri:
"Saya hanya ingin kata... saya sayang kehidupan saya, isteri dan ibu saya. Walaupun saya ada ramai haters dan masalah di luar...Ya Allah tolong jadikan saya kuat,"
Ianya telah mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim dan pengasas Sendayu Tinggi ini telah menulis komen khas mengenai menantunya.
Kali ini, Rozita Ibrahim telah memuji menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang baginya merupakan seorang isteri yang amat baik serta taat.
Ini luahan ibu Aliff Syukri:
TERIMA KASIH
"Wanita yang baik sebagai isteri merupakan sayap kanan suami. Wanita solehah tak curang, setia jaga harga diri pada suami tu harta termahal yang lelaki nama suami perlukan.
"Mak berterima kasih pada Ida (Datin Shahida) jadi menantu mak. Ida bukan saja taat pada suami... sabar ... ibu yang baik dan inilah pilihan atau hadiah mak pada Kri (Datuk ALiff Syukri)"
JANJI HENTIKAN SEMUA INI
"Janji Kri pada mak akan hentikan semua ni. Allah dengar doa mak. Kri anak baik dan hebat... tak putus-putus doa mak Kri akan kembali pada jalan Allah.
"Macam mak azam nak ubah diri mak. Mak bukan baik tapi mak cabar diri. Kalau mak boleh ubah rezeki mak, kenapa mak tak leh ubah sikap dan banyakkan ilmu Allah untuk mak juga. Mak nak balik tak lama lagi,"
Malah, Rozita Ibrahim yang menggunakan akaun @rumah.terapi.alam, telah berdoa supaya anaknya itu kembali ke jalan Allah.
Komen baru dari Rozita Ibrahim itu terus menyentuh hati orang ramai.
Sementara itu, netizen turut menyatakan, Aliff Sukri tersilap anggap bahaa dia mempunyai ramai haters.
Sebaliknya netizen berkata, orang ramai memberi komen negatif dan menasihati Datukk Aliff Syukri adalah untuk kebaikkan Aliff Syukri juga supaya tidak terjebak dengan perkara negatif dan perbuatan yang dibenci ramai. -PENMERAH
Sumber: IG Aliff Syukri
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wpBNcN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment