AWAS! Pencuri Daging Korban - Baca Pendedahan Mufti Perlis.. Peringatan Buat Semua
Semalam telah berlangsung Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban.
Sudah tentu ramai di kalangan kita yang telah menyertai program ibadah korban pada tahun ini.
Namun ada peringatan dari Mufti Perlis iaitu Dr MAZA atau nama penuhnya Prof Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang ibdah korban ini.
Ianya berkaitan dosa yang sering terjadi ketika ibadah korban ini dibuat iaitu "Kes Kecurian Daging".
Pesanan dari Dr MAZA ini bitulis di laman Facebook miliknya untuk peringatan bersama.
Mari baca:
"AWAS! PENCURI DAGING KORBAN"
"Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
"Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini terutama bahagian-bahagian yang menarik untuk mereka.
"Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian itu berasingan untuk mereka ambil selesai urusan pelapahan haiwan korban korban. Mereka menyembunyikan lebih awal ataupun tanpa malu mengambil secara terang-terangan. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian tersebut bahagian-bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diberikan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
"Kemudian mereka wajib tahu bahawa tidak boleh untuk mereka mengambil daging korban atas dasar upah kerja mereka. Mereka hanya boleh menerima upah berbentuk wang atau apa sahaja selain bahagian korban yang mereka terlibat.
"Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.
Ini hadisnya:
"Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dan pelapah dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (3/633. Damsyik: Dar al-Fikr).
"Hendaklah diingatkan bahawa mereka seperti mana orang lain, hanya boleh perolehinya jika diberikan oleh tuan empunya korban dengan hati yang redha, bukan dengan mereka pandai-pandai mengambilnya.
Ini pula Firman dari Allah swt:
Sumber: FB DrMAZA
Semoga perkongsian dari Mufti Perlis ini dijadikan teladan dan peringatan buat semua terutaam merek ayang terlibat dengan aktiviti ibadah korban.
Daripada kita mendapat pahala yang banyak, namun akhirnya hanya mendapat dosa sahaja. Ini satu kerugian.
Semoga bermanfaat buat semua. Selamat hari raya korban. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PyywAo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment