Hi! Welcome Back and Stay Tune! Allah Laknat Suami Buat 7 Perkara Ini Kepada Si Isteri..Tapi Ramai Suami Tak Sedar.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Allah Laknat Suami Buat 7 Perkara Ini Kepada Si Isteri..Tapi Ramai Suami Tak Sedar..



Apabila lelaki dan wanita bersatu sebagai pasangan suami isteri dengan ikatakan yang sah, maka Allah sangat gembira akan perkara ini.


Tetapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh membuat kan Allah laknat kepada sang suami, jika ianya dilakukan kepada si isteri.

Melalui satu perkongsian di portal OhBulan, ini antara beberapa perkara yang dilarang Yang Maha Esa untuk suami lakukan kepada isteri.



Mari baca:

1. Buat Isteri Sebagai Pemimpin Keluarga

Ketika ini ramai suami yang malas untuk bekerja. Mereka hanya lepak bersama rakan, dan langsung tidak mencari rezeki walhal si isteri pula bertungkus lumus menyara keluarga.

Ada suami yang terus berharap kepada isteri dan ada meletakkan isteri membuat segala keputusan sekaligus seperti melantik si isteri sebagai pemimpin keluarga.

Suami ini langsung tidak bertanggungjawab dan meletakkan isteri sebagai tempat untuk bergantung.

Ini hadithnya: Dari Abu Bakrah, ia berkata: "Rasulullah saw.bersabda: tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita." (HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasai)

2. Tidak Beri Nafkah

Memang ada suami yang seperti ini di mana si suami tak mengendahkan bahagian nafkah isterinya.

Ianya satu perbuatan yang dimurkai Allah.

Ini hadithnya: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Rasulullah bersabda: seseorang cukup dipandang berdosa bila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggung jawabnya." (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)



3. Tak Lunaskan Mahar Pernikahan (Mas Kahwin)

Dari Maimun Al-Kurady, dari bapanya, ia berkata: "saya mendengar Rasulullah bersabda: siapa saja lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya bererti tak akan tunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu, maka dia telah mengacuhkannya. Bila ia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat dia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasik" (HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)

4. Tak Layan Kemahuan Batin Isteri

Sekiranya suami yang hanya mahu bersama dengan isteri ketika hanya untuk memuaskan kehendaknya saja dan tidak peduli kehendak isterinya, sesungguhnya sang suami juga telah buat kesalahan.

Ini hadithnya tentang hal ini: Dari Anas ra, Rasulullah bersabda: "Jika seseorang di antara kalian bersama dengan isterinya, hendaklah ia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila dia telah selesai kehendaknya(mendapatkan kepuasan) sebelum istrinya mendapatkan kepuasan, janganlah ia buru buru sampai isterinya dapat kepuasan." (HR.Abdur Razzaq dan Abu Yala, Jami Kabir II / 19/1233 )

Jadi kepada suami di luar sana, kena lah jaga kemahuan isteri juga ye.



5. Bersama Dengan Isteri Ketika Datang Bulan Atau Melalui Belakang

Mungkin ramai yang terjebak dengan video tak senonoh dari orang bukan Islam, dan apabila kahwin ingin buat sebegitu terhadap isterinya.

Namun ianya telah ditegah sama sekali oleh agama, dan perkara ini dimurkai Allah.

Sememangnya ada hadith tentang hal ini.

6. Tuduh Isteri Bersama Orang Lain

Melalui surah An Nur, Allah ada berfirman bahawa:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan kepada perempuan (isteri) yang baik kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka puluh kali sebat; dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
(QS.An-Nur (24): 4)

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar.
(QS.An-Nur (24): 6)

"Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 
(QS.An-Nur (24): 7)



7. Pukul, Hina Burukkan Isteri Depan Orang Lain

Ini satu lagi perkara yang sering terjadi yang mana si suami sering memukul isteri. Malah ada yang suka menghina isteri dan juga meburukkan isteri di depan orang lain.

Ianya amat ditegah oleh agama, sebagai suami seharusnya sentiasa menjaga maruah isteri dan menaikkan martabat mereka.

Ini hadith: Dari mu’awiyah Al-Qusrayiri, ia berkata: "saya pernah datang kepada Rasulullah saw, "saya lalu bertanya: Ya Rosulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami buat) terhadap isteri-isteri kami? "Nabi bersabda: … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk burukkan mereka" (HR Abu Dawud no 1832) (ummi)



Kepada suami di luar sana, jika ada buat pekara ini maka bertaubatlah, pintu taubat masih terbuka untuk kalian.

Marilah sama sama kita menjaga isteri dengan baik dan diredhai olehNya. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat buat semua. -PENMERAH

Sumber: OhBulan

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PAHsWa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.