"Jangan dekati, kawan golongan fasik" - Teguran Dari Ibu Akhirnya Buat Alifff Syukri Delete Video..
Ini tentang kisah video yang dimuatnaik oleh Datuk Aliff Syukri yang menjadi isu sejak kebelakangan ini.
Video berkenaan merupakan teaser kepada lagu baru nyanyian Aliff Syukri berjudul "Semalam Bobo Di Mana".
Menerusi video itu, Aliff Syukri dilihat menari dengan dua lagi penyanyi lagu berkenaan iaitu Lucinta Luna dan juga Nur Sajat.
Pada mulany aianya dikritk hebat oleh netizen, namun Aliff Syukri tidak melayannya, kemudian selebriti Wardina pula memberi teguran dan Aliff Syukri memebri respon.
IBU TEGUR ALIFF SYUKRI
Akhirnya, ibu kepada Alif Syukri tampil menegur anaknya itu dan jutawan kosmetik ini akur dan memadam video berkenaan.
Rozita Ibrahim, ibu kepada Aliff Syukri menegur anaknya diruangan komen IG anaknya.
Wanita ini yang mesra disapa "Bonda Rozita" telah menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
Jelas ibu Aliff Syukri ini, dia tak mahu bala menimpa keluarganya.
Rozita ibrahim sempat meminta maaf kepada anaknya itu di atas komen yang ditulis menerusi IG anaknya itu.
Ini tulis Rozita Ibrahim:
"Mak tegur Kri (Aliff Syukri) tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri... Kri insan baik.
"Jangan dekati... kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima... ada hadisnya,"
"Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
"Jauhi mereka... wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,"
RESPON NETIZEN
Para netizen telah memberi respon yang positif terhadap komen ibu Aliff Syukri itu.
Ramai memuji cara Rozita ibrahim menegur anaknya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.
Ini antara respon netizen tentang teguran Rozita kepada Aliff Syukri:
"Sedihnya membaca komen seorang ibu..."
"Baiknya bahasa seorang ibu. Semoga dirahmati keluarga bonda semuanya. Amin."
"Untungnya dapat ibu yang boleh nasihatkan anak... lembut tanpa ada kasar bahasa. Terimalah teguran dari ibu. Sebaik-baik teguran dan nasihat adalah dari insan yang bernama ibu."
Sebelum ini, Aliff Syukir dikritik kerana memuatnaik video tarian untuk lagu barunya, Semalam Bobo Dimana.
Wardina meruapkan antara yang terawal meluahkan rasa kecewa dengan video berkenaan, namun Aliff Syukri berkata beliau berbuat demikian hanya kerana tuntutan kerja.
Aliff Syukri akhirnya telah memadam video tarian berkenaan. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PAtS4X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment