Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Sulung Marah Diana Danielle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Sulung Marah Diana Danielle


Isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle kini tampil dengan rambut barunya iaitu berambut pendek paras leher.

Gaya rambut pendek ini dibuat bukan saja-saja tetapi kerana tuntutan kerja Diana Danielle yang sedang menjayakan sebuah filem baru, Gol dan Gincu Vol 2.




Namun sebenarnya ada syarat buat Diana Danielle jika hendak potong rambutnya menjadi pendek seperti itu.

Ini kerana ianya akan dibantah oleh anak sulungnya iaitu Che mad (Muhammad)

Diana Danielle akui pernah kena marah dengan Che Mad kerana mengubah imej.

Oleh itu, Diana Danielle akan memaklumkan kepada anaknya itu sebelum membuat keputusan berambut pendek dalam filem, Gol dan Gincu Vol 2.

Ini pendedahan Diana Danielle:



"Saya bersedia memotong rambut, tetapi harus mempunyai sebab. Jika sengaja mahu potong pendek untuk mengubah imej, memang saya tidak berani. Che Mad akan marah jika saya nampak lain.
 

"Disebabkan itu, saya beritahu dia awal-awal apabila terpaksa memotong rambut untuk filem ini. Dia perlu faham saya berambut pendek atas tuntutan kerja.

"Nur Aurora pula tiada masalah, malah tidak kisah dengan penampilan saya. Baginya, sama ada berambut panjang atau pendek, saya tetap ibunya. Cuma, untuk mengubah imej secara drastik demi kepuasan diri, saya tidak berani buat"


Dipilih membarisi bintang utama dalam produksi terbitan Red Films, Diana berkata, dia menggalas watak  Zak dalam filem Gol dan Gincu Vol 2 ini.

Pelakon ini telah menepis dakwaan bahawa dia menggantikan Nur Fazura yang melakonkan watak Putri dalam filem pertama yang dihasilkan 13 tahun lalu.


Zak merupakan watak baru dalam filem ini, dan ianya berbeza dengan Puteri lakonan Fazura.



Ini pendedahan Diana Danielle:

"Saya tidak boleh bercakap apa jika nanti karakter Zak akan dibandingkan dengan Putri yang dibawakan Fazura dulu. Ini kerana watak kami berbeza.

"Kehadiran saya dalam filem ini juga bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Secara peribadi, saya terima tawaran ini kerana impak yang ditinggalkan filem pertama. Saya hanya menyambung usaha produksi terdahulu.

"Jalan cerita filem ini juga tidak sama dengan produksi pertama, biarpun masih memberi fokus kepada futsal dan fesyen. Saya bukan peminat futsal atau bola sepak, tetapi demi lakonan, saya bersedia menggalas apa sahaja cabaran yang datang,"




Filem Gol Dan Gincu vol 2 ini mengekalkan pelakon asalnya, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Selain itu, ianya turut membariskan pelakon lain seperti Ummi Nazeera, Syafiq Kyle dan juga Aedy Ashraf.

Sumber/FOTO: BHarian




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wlO3L9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.