Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAH: Bunyi Dentuman, Cahaya Terang Di Sabah Memang Meteor .. Ini Kenyataan Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAH: Bunyi Dentuman, Cahaya Terang Di Sabah Memang Meteor .. Ini Kenyataan Rasmi


Awal pagi tadi, satu berita tentang bunyi dentuman kuat dan cahaya terang telah menggemparkan penduduk di Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu, Sabah.

Ada yang mendakwa ianya berpunca daripada hentaman meteor. Namun ianya hanyalah spekulasi semata-mata.



Akhirnya kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Kenyataan ini dikeluarkan melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sekitar jam 4 petang tadi.

ANGKASA telah mengesahkan cahaya terang dan bunyi detuman itu sememangnya berpunca daripada meteor.

Buat yang tidak tahu,  meteor ini merupakan sejenis batuan angkasa lepas yang memasuki atmosfera Bumi akibat tarikan graviti oleh Bumi dan hasil geseran akan menghasilkan cahaya terang.



Ini kenyataan pihak ANGKASA:

"Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, ANGKASA berpendapat objek berkenaan adalah hasil daripada meteor.

"Pada kebiasaannya, batuan meteor ini berasal daripada serpihan asteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kurang daripada 0.5 meter persegi dan apabila memasuki ruang atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi, batuan ini akan bergesel dengan partikel di atmosfera dan akan menghasilkan haba yang menyebabkan ia terbakar dan bercahaya"
 



"Hasil daripada letupan berkenaan, batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecilyang berkemungkinan akan jatuh ke Bumi"


"Memandangkan ia adalah fenomena biasa, rakyat biasa khususnya di Sabah tak perlu bimbang dengan kejadian yang berlaku malam tadi kerana 95% akan musnah terbakar di atmosfera Bumi. ANGKASA juga menyarankan agar orang ramai tak menyebarkan maklumat tak sahih melalui media sosial.



Ini kenyaan berkenaan:


 Sumber: ANGKASA

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2o1H1Y9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.