Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Parcel terkoyak dan barang customer hilang.." Hancur Hati Peniaga Online Lihat Barang Dipos Kena Curi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Parcel terkoyak dan barang customer hilang.." Hancur Hati Peniaga Online Lihat Barang Dipos Kena Curi

 
Ini kes sedang hangat diperkatakan di laman media sosial Facebook hari ini.

Ianya merupakan kes jenayah kecurian yang berlaku kepada barangan yang telah dipos oleh penjual online.


Kisah ini dikongsi oleh seorang peniaga telefon bimbit secara online bernama Saifadila.

Saifadila menyatakan parcel telah dipos olehnya di pos laju telah hilang dan ada parcel yang dikoyakkan dan barang di dalamnya telah dicuri.



Jom baca kisah ini:

"KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA"

Mesti ramai yang tertanya tentang status 3 parcel saya tempoh hari. Satu diceroboh dan dua lagi hilang jejak dalam sistem pos laju. Alhamdulillah baru hari ni diberi kekuatan untuk post di FB pasal ni. Saya ceritakan serba sedikit kronologi kes

Saya memohon bantuan kawan FB saya untuk viralkan kes kecurian oleh pihak dalaman pos laju yang semakin berleluasa. Sampai bila perkara ini akan selesai?



KRONOLOGI KES

10.8.2018
Sebanyak 11 parcel dipos oleh saya di Pos Malaysia Batu 9, Cheras.

14.8.2018
Lebih kurang 2 petang, saya mendapat panggikan telefon dari staff poslaju Balakong memaklumkan 1 parcel saya yang ingin dihantar ke Arau Perlis telah diceroboh dan meminta saya ke Poslaju Balakong untuk membuat tuntutan parcel tersebut.

Pada masa yg sama ada 2 lagi customer yang belum terima barang. Ya Allah hati ni berdebar sangat. Saya check dalam sistem Poslaju 2 parcel tersebut tidak bergerak. Hati dah mula rasa tak sedap, sambil berdoa memohon agar barang customer saya selamat.



15.8.2018
9.30am saya telah pergi ke poslaju balakong dan membuat tuntutan. Macam biasa saya dilayan acuh tak acuh oleh staff di sana. Hancur luluh hati bila melihat parcel saya dah terkoyak dan barang (handphone) customer saya di dalam parcel tersebut telah hilang, yang tinggal hanya charger. Pada masa yang sama saya minta staff membuat semakan lagi 2 parcel saya belum diterima customer dan 2 parcel tersebut juga disahkan telah hilang. Staff tersebut telah memberi 3 borang claim kepada saya. Semudah itu kan.

10.30am setelah selesai urusan di pos saya ke balai polis batu 9 untuk membuat laporan polis. Butir laporan seperti di gambar. Laporan dibuat agar siasatan lebih terperinci dibuat oleh pihak polis dan seterusnya untuk membela nasib peniaga-peniaga online seperti saya.

Ini foto laporan polis:





Kemudian saya diminta berjumpa dengan pegawai penyiasat kes untuk memberi keterangan saya.

Selesai memberi keterangan saya bergegas semula ke pejabat pos balakong untuk submit borang claim. Di mana saya dilayan lebih baik kali kedua kerana pihak pos tahu saya telah membuat laporan polis.

Saya pohon pada siapa yang dah baca post ni boleh tolong share agar perkara ni viral dan tindakan lebih cepat dapat dibuat. Saya dah kerugian hampir RM3000 dan berharap perkara ini tidak dipandang enteng oleh pihak poslaju.

Saya tidak mahu hujah lebih tentang perkara lain . Saya tahu ramai peniaga online dan pembeli online yang telah menjadi mangsa barang hilang.

Saya meminta semua orang yang pernah lalui komen kisah anda biar pihak atasan poslaju mencari peyelesaian dalam hal ini.

Sampai bila penguna harus jadi mangsa. Sampai bila? Hentikan perkara ini.

Apa hak pekerja pos laju mencuri barang customer mereka? Adakah mereka masih bebas mencuri tanpa rasa takut?

Ini beberapa foto:





Sumber: FB Saifadila

Itulah kisahnya yang berlaku ke atas seorang penjual online ini. Memang kesian kepada peniaga yang menjadi mangsa. Rugi bukan sedikit, ribu-ribu tu.

Diharap kes ini dipandang serius oleh pihak Pos Laju kerana ianya merupakan kes jenayah.

Semoga hak peniaga online berkenaan ditegakkan! -PENMERAH

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wldk8w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.