Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tasha Mansahar Akhiri Zaman Bujang Dengan Penyampai Radio Bulan Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tasha Mansahar Akhiri Zaman Bujang Dengan Penyampai Radio Bulan Depan

 
Tasha Manshahar, penyanyi yang juga seorang guru, dikatakan bakal bernikah dengan seorang penyampai radio, pada bulan depan.

Penyanyi berumur 26 tahun ini berkata sedemikian setelah bertuanng hampir 9 bulan dengan penyampai radio berkenaan.


Mereka berdua telah bertunang pada 24 Disember tahun lalu.

Tasha yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Melaka berkata, persiapan majlis perkahwinan mereka sudah pun hampir siap



Ini kenyataan Tasha Mansahar:

"Kami mula berkenalan hujung 2016. Selepas hampir setahun, kami ambil keputusan untuk bertunang pula. Dari awal perhubungan hingga sekarang kami memang tidak terlalu bercerita.

"Bukan apa, dalam tempoh bertunang apa saja boleh terjadi. Kita tidak tahu hati orang. Mungkin ada suka begitu juga sebaliknya.

"Dalam masa sama, tidak perlu fikir apa yang orang mahu perkatakan atau buat spekulasi. Disebabkan itu, kami ambil pendekatan diam saja hingga tiba waktu sesuai barulah kami kongsikan," 



PERSIAPAN HAMPIR SIAP

"Alhamdulillah, ada sikit saja lagi yang belum siap. Walaupun ada sedikit kerisauan mengenai persiapan majlis, saya berharap semoga segala yang dirancang dipermudahkan Allah SWT.

"Cuma, sekarang ini perasaan bercampur baur. Gembira, teruja dan berdebar. Selepas ini saya bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai isteri. Tentu saja ia bukan sesuatu yang mudah.

"Saya selalu bertanya pada diri, bolehkah menjadi isteri yang baik dan adakah ilmu pengetahuan mengenai perkahwinan sudah cukup"

Sebelum ini, gambar pertunangan Tasha Mansahar telah tersebar di laman media sosial



IDENTITI SUAMI TASHA MANSAHAR

Ditanya mengenai identiti bakal suaminya, Tasha belum bersedia untuk berkongsi lanjut.

"Insya Allah, pada majlis nikah nanti semua orang akan tahu juga"

Namun setelah foto tersebar, ramai mengatakan bakal suaminya bernama Raqib yang sedang bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM.

Raqib juga pernah sertai rancangan Akademi Fantasia (AF9 dan turut pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC berjudul Bintang Syurga. Raqib juga pernah terbabit dalam beberapa program pengacaraan televisyen sebelum ini.



Semoga segala dipermudahkan buat Tasha Mansahar dan pasangannya.

Tasha Mansahar sebelum ini pernah popular dengan lagu hits seperti Bukan Aku, Terima Kasih Cinta (feat RJ), Oh No (feat Viral), Be Mine (feat Syed Shamim)dan Selamat Ulang Tahun Cinta (feat Syed Shamin). -PENMERAH

Sumber: Harian Metro

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wpBKxD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.