Baru Seminggu Ingin Mengembara Dunia Secara Solo, Gadis Ini Maut Di Negara Pertama
Impian seorang gadis ingin mengembara secara solo mengelilingi dunia tidak kesampaian apabila maut di negara pertama yang dikunjunginya.
Gadis malang ini bernama Maria Mathus Tenorio seorang warga Mexico yang baru berumur 25 tahun.
Maria Mathus Tenorio memasang impian untuk mengembara ke seluruh dunia dan ingin menyampaikan lagu-lagunya.
Destinasi yang dipilih ialah negara Costa Rica dan malangnya itu merupakan mimpi ngeri buat Maria Mathus Tenorio.
Baru seminggu mengembara, akhirnya Maria Mathus Tenorio ditemui mati dibunuh di tepi pantai.
Sebelum ini, Maria Mathus Tenorio ada memuat naik gambarnya di sosial media dengan mengatakan akan memulakan pengembaraan seluruh dunia dan bermula di negara Costa Rica.
Ini tulisnya:
"Today my trip starts after a long time wishing to travel all around the planet alone. The time has arrived to be full of nature. Costa Rica, pure life"
KRONOLOGI KES
Pihak berkuasa di Costa Rica mengesahkan bahawa Maria Mathus Tenorio ditemui maut di pantai El Carmen, yang popular sebagai tempat meluncur.
Dari laporan, Maria ketika bersama seorang lagi wanita yang baru dikenali ketika mengembara sedang berbual di tepi pantai.
Tiba-tiba mereka diserang oleh dua orang lelaki yang cuba merompak kedua-duanya.
Wanita berkenaan sempat melarikan diri namun Maria Mathus Tenorio telah ditangkap oleh kedua-dua lelaki kejam itu.
Wanita yang selamat itu lari dan meminta bantuan, dan spihak sekuriti telah tampil datang membantu.
Namun, mereka tidak sempat menyelamatkan Maria Mathus Tenorio yang teruk diserang dan dilemaskan di dalam laut.
Kemudian pihak polis dan pihak berkausa melancarkan operasi dan kedua penjenayah itu berjaya diberkas, namanya ialah Esquivel Cerdas and Benavides Mendoza.
RAKAN SEDIH
Rakan Maria Mathus Tenorio ternyata terkejut dengan berita sedih itu.
Ada di antara rakannya yang menulis mengapa masih ada penjenayah tak berhati perit seperti itu di dunia ini.
Ini tulis rakan kepada Maria Mathus Tenorio:
"Only a few days ago we were celebrating your big step, because your music will send you far away, now I am told on Facebook that you were abused and killed in Costa Rica, I do not understand how they could do something like this to you, I do not understand how much hate could be in this world"
Ini beberapa gambar Maria:
Kepada di luar sana yang ingin pergi mengembara seorang diri diharap jadikan perkara ini sebagai pengajaran.
Sentiasa berhati-hati ketika mengembara terutama ketika mengembara solo. -PENMERAH
Sumber: DailyStar
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wm32F8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment