Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Memperkenalkan Kereta Swapandu Di Acara Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Memperkenalkan Kereta Swapandu Di Acara Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018

Acer ialah sebuah syarikat pembina peranti elektronik yang terkenal untuk siri komputer, laptop dan aksesori gaming mereka. Terkini di acara Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018, mereka telah memperkenalkan sebuah kereta swapandu yang direka dengan kerjasama dengan beberapa syarikat lain.

Acer bekerjasama dengan Yulon Group, iaitu sebuah syarikat pembuat kereta dari Taiwan, HAITEC, anak syarikat Yulon Group yang terkenal untuk peralatan elektronik automotif mereka, dan juga Luxgen,

Ketiga-tiga syarikat tersebut bekerjasama untuk membina sebuah kereta swapandu level 4 berdasarkan kereta Luxgen S3, yang dimuatkan dengan pelbagai kelengkapan swapandu seperti kamera, LIDAR, radar MMW, IMU dan sensor ultrasonik.

Acer menawarkan kepakaran melalui sistem swapandu ADAS (Advanced Driver Autonomous System) yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan mereka, yang membuat keputusan melalui data yang diterima daripada radar dan kamera yang hadir pada kereta tersebut, untuk panduan, pengunduran, parkir kenderaan dan sebagainya.

Buat masa ini, kereta ini masih lagi sebuah kereta konsep, tetapi ia tidak mengejutkan jika kereta swapandu buatan Taiwan ini mula hadir di pasaran secara besar-besaran satu hari nanti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2P1so35

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.