Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oxygen OS Beta Terbuka 4 Hadir Dengan Pembaikan Latensi Sesentuh Untuk OnePlus 6 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oxygen OS Beta Terbuka 4 Hadir Dengan Pembaikan Latensi Sesentuh Untuk OnePlus 6

Pada 21 September lepas, OnePlus 6 mula menerima kemaskini Oxygen OS 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Kini, setelah lebih satu minggu kehadiran kemaskini ini – Oxygen OS beta terbuka kembali sekali lagi.

OnePlus 6 OxygenOS Beta

Oxygen OS Open Beta 4 ini hadir buat OnePlus 6. Ia hadir dengan pembaikan penting iaitu memperbaiki masalah latensi sesentuh. Selain itu aplikasi komuniti OnePlus iaitu forum rasmi mereka, kini digelar sebagai ‘ciri’ di dalam Oxygen OS turut menerima beberapa kemaskini yang baik. Senarai perkara yang dikemaskini adalah seperti berikut;

Sistem

  • Membaiki latensi sesentuh
  • Pengoptimasian penggunaan kuasa dalam mod standby

Komunikasi

  • Pengoptimasian antaramuka aplikasi membuat panggilan telefon
  • Memperbaiki isu menjawab panggilan telefon apabila menggunakan gesture

Komuniti 2.2.0

  • Aplikasi komuniti kini dikira sebagai satu ‘ciri’
  • Feed baru apabila mengikut ahli komuniti
  • Komen yang ‘dilekat’ (stickied) kini dipapar dalam aplikasi
  • Lebih banyak pilihan untuk kongsi bebenang perbincangan
  • Lain-lain pembaikan pepijat dan kemaskini antaramuka

Jika anda berminat untuk cuba, seperti biasa boleh terus muat turun dan flash ROM beta ini pada peranti anda.

Muat Turun: Oxygen OS Open Beta 4 Untuk OnePlus 6



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Rb1fw1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.