Qualcomm Gagal Menghalang Jualan iPhone Di Amerika Syarikat
Perbalahan di antara Qualcomm dan Apple sudah berlarutan sejak Januari 2017. Ia bermula selepas Apple menyaman Qualcomm kerana dikatakan mengenakan bayaran royalti yang terlalu tinggi untuk menggunakan modem keluaran mereka. Selepas saling saman menyaman, Qualcomm bertindak memfailkan aduan kepada ITC untuk menghalang pengimportan iPhone ke Amerika Syarikat.
Pada minggu lalu hakim di ITC enggan mengharamkan pengimportan dan jualan iPhone di Amerika Syarikat kerana ia tidak menguntungkan orang ramai. Sungguhpun begitu hakim yang sama mendapati Apple bersalah melanggar satu paten milik Qualcomm pada peranti keluaran mereka. Pihak Qualcomm kesal dengan keputusan ini kerana ITC sepatutnya menyekat import produk yang melanggar harta intelek syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Minggu lalu sekali lagi Qualcomm menuduh Apple berkongsi rahsia modem syarikat dengan pesaing mereka Intel. Tahun ini ketiga-tiga model iPhone XS, XS Max dan XR menggunakan modem yang dikeluarkan oleh Intel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zI7dxR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment