Nokia 7.1 Plus Muncul Di TENAA – Berbeza Dengan Imej Pengolokan Sebelum Ini
Dua minggu lepas, imej pengolokan Nokia 7.1 Plus tertiris. Ia memperlihatkan rekaan skrin bertakuk serta menggunakan tetapan dwi-lensa dari Carl Zeiss. Kini, peranti ini muncul di dalam laman TENAA – tetapi sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sebelum ini.
Menurut laman TENAA, peranti yang dikatakan Nokia 7.1 Plus ini dijana dengan cip pemproses lapan-teras 2.2GHz yang berkemungkinan sekali adalah Snapdragon 710. Panel skrinnya pula adalah 6.12-inci FHD+ dengan nisbah 19:9. Kamera utama adalah dwi-lensa 12+13 megapixel dan kamera swafoto pula adalah 20 megapixel. Manakala, memori yang digunakan adalah pilihan 4/6 GB RAM dan 64/128 GB storan dengan sokongan kad mikroSD.
Rekaan yang muncul di dalam TENAA ini kelihatan selari dengan rekaan Nokia 5.1 Plus dan 6.1 Plus yang baru dilancarkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Nokia 7.1 Plus ini kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xOccf9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment