Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janganlah rosak buah pinggang ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janganlah rosak buah pinggang !

JANGANLAH ROSAK BUAH PINGGANG

Setiap hari Ahad,Selasa dan Khamis,saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro,menambat diri selama 4 jam dikerusi dailisis ditemani misi yg mengulang pertanyaan sekali sekala “Pak Cik ok ka?”Satu pertanyaan routine utk kepastian pesakit dailisis sprt saya tiada masalah.Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yg melekat dilengan menelan semua nikmat hidup,aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup,tetapi itulah satu satunya jalan yg ada. .Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke ?tempat kerja,saya dan isteri memandu ke hospital.Rasa takut sudah lama dihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yg ibarat berulang membeli kehidupan sehari dg nilai tinggi Rm 200.Jika tidak dibuat dailisis,insyaallah dlm seminggu berpindahlah jasad ini ke alam kubur.

Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak 3 kali seminggu.Yg sakit seorang,yg terseret,anak isteri kerana menghantar dan menjemput.Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.

Ambillah pengajaran,kawal pengambilan gula utk mengelak kencing manis yg merosakkan buah pinggang.Kawal tekanan darah yg juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes utk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yg lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.Kos rawatan yg amat tinggi(setahun rm32000) jika anda tidak dibayai kerajaan,perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya,ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dg harga yg mahal sehari RM200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.Anda menikmati hidup percuma,Tidak berbayar,tidak ditambat dikerusi,bangun pagi,lihat sinar mentari,berfikir untuk makan apa,buat apa yg di suka.Kami bangun pagi makan kena pilih,banyak yg tidak boleh,air sekadar sebotol mineral kecil utk sehari,esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.Manfaatkanlah waktu sihat dg ibadat,jangan lupa,suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.Kpd rakan dailisis,buat apa menyambung hidup jika hanya utk makan dan rehat shj,gunakanlah sehari yg dibeli dg harga yg mahal itu dg ibadat utk kembali kpd Allah.

Maafkan saya,kali ini menulis cerita diri.Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah ‘berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu berguna’.Yg telah ada daibetes,high blood pressure,patuhilah nasihat doktor.Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami,menjadi ujian yg berat kpd mereka dan saya melihat banyak anak yg gagal mengharunginya,membiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital,tidak ditemani semasa dailisis dan….

ABD GHANI HARON



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NXzk52

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.