Anwar difitnah lagi- BERITAmediaCorp nafi keluar berita Anwar disiasat
Sinar Harian
(Ubah saiz teks)
SINGAPURA - Agensi berita Singapura, BERITAmediaCorp nafi menyebarkan berita mengenai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial.
Menurut agensi itu, catatan yang disebarkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam itu palsu.
“Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lokman Noor Bin Adam mendakwa bahawa seorang penuntut warga Indonesia sudah membuat aduan polis kerana diliwat oleh Anwar.
“Catatan itu turut mendakwa bahawa insiden itu berlaku di Singapura baru-baru ini. BERITAmediacorp dimaklumkan bahawa catatan itu tular di media sosial dan Lokman mendakwa sumber berita itu adalah daripada BERITAmediacorp.
“Ini tidak benar sama sekali dan berita yang disebarkan oleh Lokman melalui catatannya itu adalah berita palsu,” katanya melalui laporan berita di portalnya, hari ini.
PKR menafikan dakwaan Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara berkenaan.
BERITAmediacorp juga memaklumkan sudah menghubungi Lokman bagi meminta beliau memadamkan catatan tersebut dan difahamkan masih belum menerima maklum balas sehingga laoran ini ditulis.
Menurut BERITAmediaCorp, Polis Singapura (SPF) turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Lokman dalam Facebooknya membuat kemaskini di statusnya dengan berkongsi sekeping gambar.
“Ralat : Pihak mediaCorp Singapura sudah memaklumkan berita ini tidak mereka terbitkan,” tulisnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NTpaly
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment