Xiaomi 90 Points Melancarkan Bagasi Lutsinar Pada Harga Mampu Milik
90 Points adalah sub-jenama Xiaomi yang menghasilkan pelbagai variasi bagasi. Antaranya adalah bagasi pintar, bagasi besi dan banyak lagi. Kini, sempena ulang tahun ketiga – mereka melancarkan bagasi lutsinar.
Bagasi lutsinar ini bersazi 20-inci dan mempunyai jisim hanya 2.7KG. Seperti kebanyakan produk bagasi Xiaomi, bagasi lutsinar ini juga menggunakan bahan plastik dari German Bayer. Bagasi ini dikatakan adalah tahan lasak dan turut mempunyai pemegang yang diperbuat daripada 6 series aluminium. Kunci pada bagasi ini pula menggunakan rekaan TSA Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan AS bagi mengelak kunci dirosakkan oleh pihak kastam.
Bagasi ini sudah pun mula dijual di laman rasmi TMall 90 Points di China. Ia dijual pada harga RMB599 (~RM361) dengan kuantiti yang terhad.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2y5QfHt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment