Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedai Konsep Vivo Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Pada 30 Disember Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedai Konsep Vivo Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Pada 30 Disember Ini

Minggu lalu, Vivo telah menawarkan sejumlah penawaran untuk peranti pintar Vivo Y81i dan Y85. Terkini, Vivo hadir dengan kejutan bersempena pembukaan kedai konsep terbaru mereka di Sunway Pyramid pada 30 Disember 2018. Pelbagai diskaun dan hadiah ditawarkan kepada pengguna atas setiap pembelian telefon pintar Vivo terpilih.

Menurut Vivo, pengguna boleh membeli beberapa peranti Vivo terpilih di kedai konsep tersebut dan menerima tawaran bernilai sehingga RM666. Antara telefon pintar yang terplih adalah termasuk Vivo siri V11, NEX, Y81 dan Y91i. Bagi setiap pembelian siri Vivo V11, Vivo telah menyediakan mesin pencetak Canon untuk 100 pembeli pertama, beg bagasi di atas pembelian Vivo Nex serta penawaran set fon telinga beserta maskot speaker Vivo bagi Vivo Y81 dan Y91i. Selain itu, Vivo turut menawarkan pelindung skrin selama 1 tahun, poskad duta Vivo dan keahlian rasmi Vivo.

Menariknya, Vivo turut mengadakan cabutan bertuah kepada 200 pengunjung pertama kedai konsep Vivo pada pukul 2 petang dan 8 malam, yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM399 kepada pemenang. Pada hari yang sama juga, diskaun sehingga 50% untuk semua aksesori Vivo dan 0% faedah untuk pelan pembayaran ansuran di atas pembelian peranti Vivo. Pengguna juga berpeluang untuk menikmati beberapa hadiah menarik untuk perkongsian berkenaan pembukaan besar-besaran kedai konsep rasmi ini di laman sosial pengguna.

Dengan kemeriahan pembukaan kedai konsep Vivo pada 30 Disember ini, pastinya pengguna berasa teruja untuk berbelanja sekaligus memiliki pelbagai kejutan dan hadiah yang menarik diatas setiap pembelian peranti Vivo terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di  Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Layari: Laman Rasmi Vivo Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AfOmtJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.