Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puluhan Syarikat China Kini Memberikan Subsidi Kepada Pekerja Untuk Membeli Peranti Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puluhan Syarikat China Kini Memberikan Subsidi Kepada Pekerja Untuk Membeli Peranti Huawei

Ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan di Kanada dan kini tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut bagi menanti permohonan ekstradisi ke Amerika Syarikat. Beliau dituduh terlibat dalam penjualan teknologi ke Iran yang kini di bawah sekatan PBB dan Amerika Syarikat. Penahanan beliau menimbulkan kemarahan di China yang merasakan ia adalah bermotifkan politik.

ChinaNikken Asian Review melaporkan sebanyak 20 syarikat di China kini  menawarkan pelbagai subsidi kepada pekerja untuk membeli peranti Huawei sebagai tanda sokongan. Ini adalah cara untuk menggalakkan pembelian peranti keluaran China dan memboikot peranti syarikat dari Amerika Syarikat seperti Apple.

Shanghai Youluoke Electronic and Technology memberikan subsidi pembelian dua peranti Huawei kepada setiap pekerja manakala Shenzhen Yidaheng Technology menawarkan subsidi 18% untuk pembelian peranti Huawei dan ZTE. Sebuah syarikat arak di provinsi Henan pula menawarkan minuman keras bernilai 30% harga peranti Huawei yang dibeli.

Sebelum ini kami melaporkan syarikat Menpad yang membekalkan skrin kepada Huawei akan mendenda pekerja yang didapati menggunakan iPhone. Nilai denda ialah bersamaan dengan nilai iPhone yang dibeli. Tindakan memboikot Apple ini dilihat sebagai tindakan balas patriotik rakyat China kepada Amerika Syarikat yang dilihat cuba melakukan peperangan perdagangan.

Selain China, rakyat Turki juga menunjukkan protes dengan memusnahkan iPhone Ogos lalu selepas sekatan ekonomi Amerika Syarikat, Malahan Presiden Erdogan menggalakkan rakyat menyokong Samsung dan peranti tempatan Vestel sebagai alternatif kepada Apple.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2A9kaR9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.