Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

Image result for Utusan - Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM, Menteri PendidikanImage result for Utusan - Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM, Menteri PendidikanImage result for maszlee malikImage result for utusan

BERITA  | MALAYSIA

Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM, Menteri Pendidikan

Raja Hisyam Raja Zaid, Astro Awani |  Disember 22, 2018 23:28 MYT

Dr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR : Selepas mengharungi pemerintahan lebih enam bulan, hari ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan.

Maza  kini dilihat secara terbuka mengkritik dasar dan corak kepimpinan kerajaan.

Kritikan Dr Maza itu kelihatan lebih jelas dan tajam terutamanya selepas peristiwa kematian membabitkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 

Dalam surat tersebut juga Dr Maza turut mengkritik dasar pendidikan negara yang dilihat semakin menjauhi semangat keharmonian kaum dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut adalah kandungan penuh surat terbuka beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:


ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA

Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan

1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yang lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah. Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar pendidikan yang terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.

2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati. Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.

YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang daripada tahun 1 sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain, semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yang sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yang baik. Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari fitrah keinsanan.

4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya sehingga kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa. Elemen keagamaan yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

5. Kita tidak boleh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yang berlainan agama untuk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif untuk semua.

YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM

6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?

Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan. Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain untuk semua bangsa agama.

7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus untuk agama dan bangsa mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.

8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India untuk peringkat rendah yang wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh berfungsi untuk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.

YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH

9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat Malaysia.

10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus, maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian boleh memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti sejarah dengan pendekatan yang mantap dan relevan.

YAB, dan YB,

11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini.

Saya mohon mencadangkan!

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI



OSTB :  Di sini saya cadangkan kepada Dr Asri untuk mengambil pengajaran dari Al Quran. 

Surah Al Maaidah ayat  8  :    




Maksudnya :  "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. "

Perkara pertama yang saya ingin kongsi dengan Dr Asri ialah sedikit soalan : kenapa ayat ini wujud, ia itu ayat yang menyuruh manusia berlaku adil sesama semua manusia?  

Jawapannya mudah : Sebab inilah cara yang betul. This is the correct way. Cuba bayangkan jika Dr Asri pula dalam suatu keadaan yang mengharapkan keadilan daripada orang lain, kaum lain, bangsa lain, agama lain dsbnya. Dalam keadaan begitu tentu sekali Dr Asri sendiri akan lebih suka jika orang lain berlaku adil terhadap Dr. Ini adalah common sense yang sangat basic.  

Maka buatlah kepada orang lain seperti mana kamu inginkan orang lain berbuat kepada kamu.  Do unto others what you like others to do unto you.

Tetapi perkara yang lebih besar yang Dr Asri perlu faham daripada ayat itu adalah, kita mesti berlaku adil sesama manusia bukan saja kerana ayat Quran itu suruh kita berbuat demikian. 

Ayat Quran itu menyuruh kita mengatasi sebarang kebencian dalam hati kita dan terus  berlaku adil sesama manusia  kerana itulah cara yang betul. 

Begitu juga kita tidak boleh membunuh manusia hanya kerana  ayat Quran melarang kita daripada membunuh.  Al Quran melarang kita daripada membunuh manusia kerana membunuh itu memang perkara yang tidak baik yang akan menjahanamkan peradaban manusia.  

This is a very big difference and must be understood carefully.

Jadi kita mesti berlaku adil kepada orang walaupun terhadap orang yang kita benci - tidak kira samada kebencian kita itu ada sebab atau tanpa sebab. 

Jika kita benci kepada orang atas sebab mereka menzalimi kita, mereka menekan kita, mereka menghalang kita daripada peluang hidup, menghalang kita daripada memasuki universiti, menghalang kita daripada mendapat jawatan, mengambil hak kita dsbnya maka itu mungkin boleh diterima sebagai alasan untuk membenci mereka. Maksudnya mereka menganiayai kita.

Tetapi jika kita membenci manusia kerana warna kulit mereka lain, rupa wajah mereka lain, agama mereka lain, bahasa mereka lain, bangsa mereka lain, mereka lebih berjaya dalam hidup, mereka lebih kaya, hidup mereka lebih 'bebas' daripada kita dan sebegitu maka sudah tentu kita bukan lagi di bawah bimbingan Islam dan Allah swt.

Maksudnya kita tidak lain tidak bukan hanya rasa iri hati dan sakit hati melihat orang lain hidup lebih baik daripada kita atau mereka boleh hidup selesa dan baik TANPA MENGIKUTI CARA KITA.

ATAU MEREKA BOLEH HIDUP SELESA DAN BAIK TANPA PERLU KEPADA KITA TETAPI KITA PULA PERLU KEPADA MEREKA.


Paling banyak sekali  negara dalam dunia ini merupakan negara berbilang kaum. Dan paling banyak negara berbilang kaum selalu mengalamai masalah antara kaum, masalah agama dan sebagainya.  

Tetapi daripada zaman dulu sampai sekarang selalu terdapat juga masalah mem-politikkan isu-isu perkauman dan agama oleh golongan atasan dan golongan berkuasa untuk menjaga kedudukan, kekayaan dan wang mereka.  So it is complicated.

Contohnya isu Palestin. Mungkin sehingga tahun tujuh-puluhan isu Palestin masih original. Sekarang isu Palestin sudah bertukar menjadi mainan politik Pak Arab. Ada pemimpin Arab yang mungkin akan hilang pedoman hidup jika isu Palestin diselesaikan dan orang Palestin hidup selesa dan selamat.  Mereka perlu kepada 'ketegangan antara Palestin - Israel' untuk kekalkan 'perjuangan' dan sumber periuk nasi mereka.

Dr Asri tentu faham bahawa Arab Saudi sekarang adalah sahabat akrab wal karib dengan rejim Yahudi di Israel.  Negara Arab Bahrain, Dubai, Abu Dhabi, Oman dan ramai lagi sudah hampir menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. It is just a matter of time.  Sebab kedua nya Pak Arab dan Israel sekarang mempunyai musuh lebih besar ia itu agama Syiah yang sudah mula berkuasa di beberapa negara Timur Tengah. Jadi isu Palestin sudah 'kurang urgent'. Pak Arab lebih pentingkan survival mereka sendiri. 

Di Myanmar kita melihat perselisihan dan pembunuhan antara kaum Islam Rohingya dan pemerintah Myanmar serta kumpulan Buddha.  Tetapi kaum Cina Islam dan India Islam yang sudah lama menduduki Myanmar tidak di bunuh atau di perangi. Mereka telah lama hidup  secara aman dengan kaum majoriti Myanmar, walaupun mereka mengalami diskriminasi sebagai kaum minoriti. 

Di negeri Cina,  kaum Uyghur Islam menghadapi berbagai masalah dengan pemerintah Cina. Tetapi bukan semua orang Islam di Cina adalah keturunan Uyghur.  

Daerah  Ningxia, Gansu, dan Qinghai dikenali sebagai kawasan Islam juga dengan keluasannya yang lebih besar dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Filipina dan Thailand sekali.  Tetapi penduduk Islam Ningxia, Gansu, Qinghai tidak mengalami masalah dengan pemerintah Cina yang serupa dengan Xinjiang.  Mereka juga masih Islam dan tidak kurang atau tercela Islam mereka, ibadat mereka atau  haji dan umrah mereka. 

Permusuhan yang berlaku sekarang mungkin juga bercampur dengan politik dan pimpinan agama. Seperti keadaan Pak Arab dan isu Palestin yang terkini. 

Sebaliknya pemerintah Cina terpaksa  menggunakan polis dan tentera untuk memberhentikan pembunuhan antara mazhab Salafi, Sufi, Syiah dsbnya yang pernah berlaku di kalangan orang Islam di Cina.  
  • Muslim groups in China  -   
  • There have been many occurrences of violent sectarian fighting between different Hui sects. 
  • Sectarian fighting between Hui sects led to the Jahriyya rebellion in the 1780s and the 1895 revolt. 
  • After the People's Republic of China came to power, sectarian in fighting resumed in the 1990s in Ningxia between different sects. 
  • Several sects refuse to intermarry with each other. 
  • One Sufi sect circulated an anti-Salafi pamphlet in Arabic

Maka orang Islam Cina bunuh sesama Islam atas sebab bermazhab Salafi, Sufi, Syiah, Tareqat dan sebagainya.  Sampai tahap mereka tidak benarkan perkahwinan antara pasangan Islam yang berlainan mazhab.

Pendek kata perselisihan dan perbalahan antara kaum, antara agama, antara bangsa terdapat di semua negara dan di kalangan semua masyarakat dunia, daripada zaman dahulu hingga sekarang.

Maka sebab itulah Allah swt dalam KebijaksanaanNya telah menurunkan ayat Surah Maaidah di atas. 

Kita perlu berlaku adil.  Dan untuk mencapai penyelesaian ke arah keadilan kita perlu mengkaji sesuatu  keadaan dan membuat ukuran yang objektif  dan professional.  Tanpa gangguan emosi, gangguan perkauman dan sebagainya. 

Contohnya dalam negara kita terdapat berbelas jenis kaum yang berlainan.  

Kita tidak lagi menggunakan perkataan Sakai atau Jakun tetapi merekalah kaum asal semenanjung. Juga Senoi, Batek, Jah Hut dan ramai lagi. 

Melayu pun bukan  homogeneous sebab ada Melayu utara, Melayu Siam, Melayu Kelantan, Melayu Jawa, Melayu Mamak, Melayu Minang, Melayu Malabar, Melayu Sarawak dan sebagainya.  

Masyarakat India pula ada bangsa Tamil dari India yang sebahagiannya miskin, bangsa Tamil dari Sri Lanka ia itu satu kaum yang secara puratanya jauh lebih kaya daripada kaum Cina - termasuk di Singapura, bangsa Punjabi, bangsa Pakistan dan bangsa India yang lain.

Orang Cina pun bukannya semua homogeneous tetapi makin lama kaum Hakka, Cantonese, Foo Chow, Hainan dan lain-lain makin melupakan perbezaan antara mereka dan lebih suka bergelar 'Cina Malaysia' sahaja. 

Di Sabah dan Sarawak pula kita boleh melihat lagi keindahan ciptaan Allah swt dalam berbagai kaum dan bahasa yang kesemuanya adalah cantik belaka. Bangsa Dayak, Iban, Kelabit, Bidayuh, Dusun, Kadazan memang bangsa yang cantik molek rupa mereka.

Tetapi untuk menyelesaikan masalah kita perlu kenal pasti siapa bermasalah dengan siapa?

Jika terdapat kaum A, B, C, D, E, F, G, H sampai ke Z kita perlu mengkaji kaum A atau B atau G bermasalah dengan kaum yang mana satu?

Jika semua kaum bermasalah dengan semua kaum lain, ia itu A gaduh dengan B, B gaduh dengan C, C gaduh dengan H dsbnya maksudnya 'nation building' kita sudah gagal. Kita perlu merobah semula sistem pendidikan kita, sistem pentadbiran, sistem ekonomi, sosial dan semua sekali.

Tetapi jika hanya satu atau dua kaum saja yang sering bermasalah dengan semua kaum lain, maka tugas kita menjadi lebih senang. 

Rawatan dan pemulihan yang perlu dibuat lebih mudah. Kita hanya perlu tumpu kepada satu atau dua kaum itu sahaja yang sering "mencari pasal" dengan semua kaum yang lain. 

Serupa juga dengan agama. Jika terdapat agama A, B, C, D, E, F dsbnya dalam sebuah negara atau di atas satu kawasan muka bumi Allah  ini kita perlu kaji agama mana bermasalah dengan siapa? 

Jika semua agama berperang dengan setiap agama lain yang ditemuinya,  sekali lagi ianya bermaksud bahawa kesemua agama itu adalah ganas dan liar.  

Tetapi jika kita mendapati bahawa agama A, B, C, D, E semua boleh hidup secara aman dan damai dalam suatu kawasan tetapi hanya agama F sahaja yang bermasalah dengan kesemua agama lain yang terdapat dalam negara itu, maka sekali lagi tugas rawatan dan pemulihan kita menjadi sangat mudah. 

Kita hanya perlu fokus khususnya kepada agama F itu yang selalu bermasalah dengan semua agama lain.

Contohnya Surah Al  Maaidah, ayat  8  :

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"

perlu diajar daripada tahap tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke universiti. 

Melanggar atau mengengkar ayat-ayat Allah swt TELAH atau MEMANG SUDAH membawa padah dan bala yang besar atas kepala sebahagian besar umat Islam. 

Ajaran Al Quran itu adalah terlalu simple, mudah dan penting sekali ianya membawa kepada penyelesaian semua jenis masalah. 

Apabila manusia tinggalkan Al Quran dan mula mengikut berbagai jenis ikutan maka hidup mereka akan menjadi tercelaru dan susah. Too many problems.  

Sekian dan salam.


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Sr9unO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.