Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Melancarkan Aksesori Audio Nirwayar Dari Jenama ThinkPad – Thinkplus Pods One - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Melancarkan Aksesori Audio Nirwayar Dari Jenama ThinkPad – Thinkplus Pods One

Nampaknya, trend melancarkan set fon telinga nirwayar semakin hebat. Kita sudah lihat OnePlus yang tidak pernah dengan aksesori audio nirwayar, tahun ini mereka hadir dengan Bullets Wireless. Ia adalah sepasang set fon telinga nirwayar yang memfokuskan sukan. Kini, Lenovo turut hadir dengan set fon telinga nirwayar tersendiri.

Mengejutkan ia bukanlah dari siri telefon pintar mereka, tetapi adalah daripada siri komputer riba mereka ThinkPad. Set fon telinga yang mereka lancarkan ini adalah Thinkplus Pods One Bluetooth Sports Headphones. Thinkplus Pods One hadir dengan Bluetooth 5.0, sokongan perlindungan IPX5, bateri sehingga 10 jam dan turut disertakan tiga pasang earbuds tambahan. Thinkplus Pods One ini ditawarkan dengan dua pilihan warna dengan tema hitam/merah iaitu Coral Red dan Meteorite Black.

Rekaan set fon telinga ini adalah jenis neckband untuk diletakkan di leher. Kemudian, untuk kualiti audio – Thinkplus Pods One ini menggunakan gabungan dua gegelung driver audio yang bergerak bersaiz 6+13mm. Dari gambar ia kelihatan diperbuat daripada bahan jenis silikon.

Selain daripada logo Thinkplus pada alat kawalan set fon telinga nirwayar ini, tiada persamaan dengan siri produk ThinkPad seperti TrackPoint warna merah untuk kawalan/ciri/fungsi tambahan. Thinkplus Pods One sudah pun dijual di China melalui laman rasmi Lenovo dengan tanda harga RMB299 (~RM181) sahaja. Tiada maklumat jika ia akan hadir ke pasaran tempatan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RcVRvk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.