Berpantang Rumah Mak Sendiri Lagi Best Dari Mertua. Setuju?
Tanyalah mana-mana wanita berpantang, mereka mesti pilih untuk habiskan waktu berpantang di rumah mak sendiri. Bagi yang sedang sarat pun mesti dah ada plan yang sama. Bagi yang dah alami proses berpantang mesti setuju dengan sebab-sebab di bawah.
BERPANTANG RUMAH MERTUA VS RUMAH MAK SENDIRI
1. KURANG SEGAN
Foto Kredit: oshesakura.blogspot.my
Nak minta tolong berpapah pergi tandas ke, bangun dari katil atau tunduk cangkung kuranglah segannya berbanding nak minta tolong mertua, nurse atau orang luar. Nak-nak pula kalau berat badan sendiri jenis nak capai suhu takat didih. Lagi segan nak minta tolong papah.
2. TEGAS
Nama pun mak, dia nak marah anak sendiri lagi senang. Bagi keturunan-keturunan yang kuat berpantang cara lama ni, mak dia akan jadi Inspektor Sahab paling garang di mukabumi. Nak mengelat minum air kunyit? Nahh… suara dia menjerit mungkin sampai planet Zuhal boleh dengar. Mak pasti akan marah kita tanpa rasa bersalah.
Kalau mertua ni segan sikit nak marah-marah menantu. Kalau orang luar yang jaga pula, silap-silap kena maki balik pula dengan kita. Sudahnya lepas pantang badan tak slim. Mereputlah tepi sudut dinding sorang-sorang. Kena marah dengan mak sendiri tu perkara biasa. Kena marah dengan mertua? Em.. Raya tahun depan tak balik kampung. Sorry.
3. BOLEH S3KSI-S3KSI
Foto Kredit: eyzacantek.blogspot.com
Ingat pakai bengkung senang? Bergolek sorang-sorang atas katil untuk lilit diri, bukan perkara yang mudah. Terselak sana, terburai sini, itu perkara biasa. Bukan senang nak ikut amalan berpantang selepas bersalin yang selalu orang tua cakap. Bengkung tradisional pula jenis yang tak reti nak istiqamah. Asyik-asyik lilitan terbuka, lilitan tak kemas, longgar dan sebagainya. Kalau ada mak, boleh tolong pakaikan bengkung.
Lagi satu, waktu berurut aci pakai alas kain batik sehelai. Mak sendiri keluar masuk nampak kita tak adalah malu sangat. Kalau orang luar yang nampak, kulit badan pula tak sehalus kulit bawang, jawabnya berurut sambal pakai topenglah.
Itu belum cerita bab nak mandi atau buang air. Lebih-lebih lagi sehari dua lepas bersalin. Waktu badan masih belum kuat nak bergerak lasak. Paling penting, jangan lupa pakai stokin sebab ada kebaikannya dari sudut saintifik.
4. KAWAN-KAWAN DATANG MELAWAT
Foto Kredit: hmetro.com.my
Senang dan lebih selesa kalau ada kawan-kawan yang nak datang melawat. Kawan pula dari golongan yang kalau ketawa, sampai simpang depan traffic light pun boleh dengar. Kalau berpantang rumah sendiri nanti boleh paksa adik-adik sendiri tolong buatkan air untuk tetamu. Kalau berpantang rumah orang lain nanti gigih pula nak bangun sendiri buatkan air untuk tetamu. Anak pula tiba-tiba menangis. Kelam-jabut jadinya.
Kalau yang jenis datang ziarah waktu malam dan tak reti-reti nak balik, tak adalah tuan rumah jeling semacam. Mak kita kalau tak larat mesti dia tidur sahaja. Pandai-pandai kau lah nak layan kawan sendiri.
5. LEBIH MUDAH DAN SELESA
Foto Kredit: esfarisya.blogspot.my
Waktu berpantang kena sentiasa berpanas badan. Baju sendiri asyik kotor dengan pilis param, dengan muak susu anak atau minyak urut. Duduk rumah orangtua sendiri lebih senang nak tarik-tarik baju t-shirt labuh mak, atau kemeja lama ayah, atau seluar track abang dan stoking adik.
Orang berpantang ni cepat lapar sebab banyak hilang darah. Perlukan makanan banyak. Duduk rumah mak, asal lapar sikit boleh selongkar dapur. Korek periuk nasi atau ketuk tong biskut. Kalau duduk rumah orang lain, duduk dalam bilik gigit kepala katil lah kalau segan.
SEBENARNYA
Foto Kredit: bubblynotes.com
Bukan tak suka mertua. Cuma lebih selesa untuk diri sendiri dan juga untuk keselesaan mertua. Tahun depan saya balik beraya ya, mak! Anda semua macam mana? Pilih berpantang rumah mak sendiri atau rumah mak mertua? Kalau berpantang sendiri, jangan sedih-sedih ya.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tR3jPe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment