Ujian Pelaksanaan Teknologi 5G Akan Dimulakan Pada Bulan April Kelak Selama Enam Bulan
Melalui kicauan oleh Bernama News Channel, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa ujian pelaksanaan teknologi 5G akan bermula pada bulan April 2019 selama enam bulan.
Ujian pelaksanaan teknologi 5G tersebut akan dijalankan di Cyberjaya dan Putrajaya, akan tetapi buat masa ini tiada butiran mengenai ujian-ujian yang akan dijalankan.
Jika perjanjian Maxis dan Huawei untuk memesatkan rangkaian 5G di Malaysia boleh dijadikan ukuran, terdapat kebarangkalian bahawa keberkesanan rangkaian 5G diantara ujian yang akan diperlihatkan sepanjang enam bulan tersebut.
Malaysia akan memulakan ujian pelaksanaan teknologi generasi kelima – 5G fasa pertama bagi tempoh enam bulan di Putrajaya dan Cyberjaya April depan – @GobindSinghDeo https://t.co/r2Mxh23ze0
— Jabatan Penerangan (@JPenerangan) March 4, 2019
Teknologi 5G juga sering dikaitkan dengan teknologi-teknologi lain seperti Internet of Things (IoT) dan Industrial Revolution 4.0 yang menekankan penggunaan internet yang laju dan sela-masa yang rendah bukan sahaja didalam industri perusahaan, tetapi juga untuk teknologi pengguna dalam aktiviti seharian.
Adakah pengumuman ini bermakna bahawa kerajaan benar-benar ingin memesatkan penggunaan teknologi 5G di Malaysia? Sama-sama kita tunggu penerangan lanjut daripada kerajaan mengenai ujian setengah tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Tg1tXq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment