Hi! Welcome Back and Stay Tune! PLEASE, TUN – LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PLEASE, TUN – LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!

Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat.
Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.
“Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau.
Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaan yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.
Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.
Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.
Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.
Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.
Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.
Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.
Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.
Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?
Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.
Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.
Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?
Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.
Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.
Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka.
-https://ift.tt/2IQM0Zf


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TzJlaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.