Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Terbang Pertama Malaysia Menyasarkan Penggunaan Di Sektor Pengangkutan Dan Pertanian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Terbang Pertama Malaysia Menyasarkan Penggunaan Di Sektor Pengangkutan Dan Pertanian

Pada 26 Februari yang lalu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof  mengatakan kereta terbang pertama buatan Malaysia akan dilancarkan tahun ini. Reaksi dari pembaca nampaknya agak negatif kerana ramai merasakan tiada keperluan untuknya di Malaysia pada waktu ini. Ketika di acara Karnival Usahawan Muda Selangor  hujung minggu lalu beliau menerangkan mengenai kegunaannya di Malaysia.

Beliau dipetik berkata buat masa ini kereta terbang yang dibangunkan adalah untuk kegunaan sektor pengangkutan dan juga pertanian. Di dalam laporan Malaysiakini, antara syarikat yang menunjukkan minat pada kereta terbang ini ialah Grab yang ingin menggunakannya sebagai teksi terbang.

Sementara itu di dalam laporan Berita Harian pula, penggunanya di sektor pertanian ialah untuk memantau ladang serta pihak keselamatan boleh menjaga sempadan negara. Ini adalah sedikit aneh memandangkan dron pemantauan ladang telahpun diuji oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2017. Penggunaan dron lebih sesuai jika dibandingkan dengan sebuah kereta terbang di dalam situasi ini.

Kereta terbang ini dijangka melakukan penerbangan pertama seawal Jun 2019. Masih tiada maklumat syarikat manakah yang bertanggungjawab menghasilkannya. Tetapi sebelum ini pada tahun 2017, CEO Proton mengatakan syarikat beliau berminat membangunkan kereta terbang bersama dengan kereta swapandu dan elektrik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TchD45

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.