Imej Pengolokan Honor 20 Tertiris – Tri-Kamera, Kirin 980 Dan Mungkin Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin
Jenama Honor terdapat beberapa siri telefon pintar dengan spesifikasi peranti mercu. Antara yang terbaru yang dilancarkan adalah Honor V20 dengan penawaran kamera 48-Megapixel dan juga rekaan skrin berlubang.
Kini, Honor 20 pula tertiris. Honor 20 boleh dikatakan adalah versi mampu milik siri peranti mercu Huawei P. Jika dilihat pada imej pengolokan Honor 20 ini, tiada lagi pengimbas cap jari di belakang peranti. Ini memberi petanda, ia akan hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin. Disebabkan ia adalah peranti mercu, tidak dinafikan ia akan dijana dengan cip 7nm Kirin 980.
Untuk kamera, ia dilihat mempunyai tiga lensa. Menurut sumber, lensa-lensa ini adalah 48MP, 20MP, dan 8MP yang menyokong zoom optikal sehingga tiga kali. Ia agak berbeza dengan Honor V20 yang mempunyai sensor ToF yang hanya berfungsi untuk bokeh dan permua. Ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat ini, sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ukbbo6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment