Xiaomi Mi 9 Mempunyai Lesen DRM Widevine L1 – Netflix Boleh Ditonton Pada Resolusi HD
Lesen pengurusan hak digital atau DRM adalah sejenis sekuriti untuk melindungi kandungan-kandungan digital daripada dicetak rompak. Lesen pada tahap paling tinggi adalah Widevine L1, di mana ia turut mengaktifkan kemampuan menstrim video dari platform penstriman seperti Netflix pada resolusi HD dan ke atas. Ini bermakna, peranti yang tidak mempunyai lesen DRM Widevine L1 hanya boleh menstrim pada kandungan 480p dan ke bawah.
Telefon pintar Xiaomi, baik peranti mercu atau kelas pertengahan kebiasaannya tidak mempunyai lesen DRM ini. Sehinggalah Pocophone F1 dengan kemaskini MIUI Global Beta terkini yang mengaktifkan lesen ini. Terkini, peranti Xiaomi Mi 9 dilaporkan turut akan menyokong lesen DRM Widevine L1 dan secara tidak langsung – ia adalah peranti mercu utama Xiaomi pertama yang menyokong lesen ini.
Xiaomi Mi 9 adalah peranti mercu Xiaomi yang terbaru. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB, skrin 1080p 6.39-inch HDR10 AMOLED dan kamera berkualiti tinggi dengan skor DXOMark 107.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TrLKDR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment