Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama: Wiko View3 & Wiko View3 Pro – Hadir Dengan Tri-Kamera & Bateri 4000 mAh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama: Wiko View3 & Wiko View3 Pro – Hadir Dengan Tri-Kamera & Bateri 4000 mAh

Wiko boleh dikatakan agak popular dalam penghasilan peranti kelas pertengahan. Mereka sebelum ini telah hadir dengan beberapa model yang menarik, seperti Wiko View2 Plus yang menampilkan sokongan dwi-kamera dan bateri 4000 mAh pada harga RM559. Bukan itu sahaja, mereka juga sebelum ini telah memasarkan peranti Android Go termurah di Malaysia, menerusi Wiko Sunny3 Plus pada harga hanya RM249.

Wiko pada acara MWC 2019 telah memperkenalkan dua telefon baru yang turut direka untuk segmen peranti kelas pertengahan. Wiko View3 & Wiko View3 Pro adalah pertaruhan terbaru daripada Wiko dengan menampilkan sejumlah fungsi menarik yang menepati citarasa dan trend terkini. Ia tampil dengan rekaan yang anggun, kebolehan tri-kamera, dan kapasiti yang cukup besar dalam memberi penggunana peranti yang lama.

Wiko View3

Wiko View3 dilihat telah memfokuskan kepada rekaan skrin penuh, dengan menampilkan rekaan takuk seumpama titisan air. Ia menampilkan paparan sebesar 6.26-inci yang dijana dengan panel berasaskan IPS LCD. Ia turut membawa nisbah 19:9 yang moden, namun resolusinya hanya ditawarkan dalam HD+ sahaja. Sungguhpun begitu, skrin peranti ini masih dilihat terang walaupun terdapat penampakan piksel yang jelas sekiranya anda meneliti bahagian skrin peranti ini.

Binaan belakangnya hadir dengan kemasan berkilau, yang mana dapat memberi kesan pencahayaan yang menarik apabila dilihat daripada perspektif berbeza. Ia kelihatan seperti membawa binaan berasaskan kaca, namun setelah meneliti bahagian belakang peranti, ia terasa seperti dibina dengan binaan polikarbonat. Namun apa yang cukup menarik perhatian kami adalah pilihan warna “Blush Gold”, yang mana ia kelihatan mirip seperti iPhone XS yang ditampilkan dengan warna “Rose Gold”.

Binaan belakangnya juga hadir dengan pengimbas cap jari, bagi memudahkan pengguna membuka peranti melalui imbasan jari secara pantas. Selain pengimbas cap jari, Wiko juga masih menawarkan fungsi imbasan wajah, yang mana turut membantu dalam proses pembukaan peranti melalui pengesahan biometrik. Namun ia hanya menggunakan kamera hadapan untuk membuka peranti, justeru ia mungkin dapat dipintas berbanding pengesahan melalui imbasan jari.

Walaupun Wiko View3 ditempatkan pada segmen peranti kelas permulaan yang asas, ia masih menyajikan sambungan berasaskan USB-C untuk memudahkan penyambungan kabel ke peranti pada mana-mana arah. Ia juga masih menawarkan bicu audio 3.5mm selain menyajikan pembesar suara berasaskan mono. Ia juga hadir dengan storan dalaman 64GB, namun anda boleh menaiktaraf storan ini melalui perletakkan kad mikroSD.

Wiko View3 telah dijana dengan sistem operasi Android terkini melalui Android 9.0 Pie. Seperti peranti Wiko sebelum ini, ia menampilkan tampilan ke arah Android asli, dengan sedikit pengubahsuai antaramuka daripada Wiko. Pelancar (launcher) yang hadir mirip seperti Pixel Launcher, yang membolehkan pengguna melihat paparan Google di bahagian kiri skrin atau menyeret ke atas untuk membuka talam aplikasi. Ia kelihatan sangat kemas tanpa sebarang pengubahsuaian yang drastik seperti kebanyakan antaramuka yang lain.

Wiko View3 turut dijana dengan cip MediaTek Helio P22 yang merupakan cip kelas permulaan asas yang dibina berasaskan cip lapan-teras. Ia merangkumi 8 teras Cortex-A53 2.0 GHz, yang mana menyerupai dengan prestasi cip kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 625. Ia juga dipadankan dengan GPU PowerVR GE8320 selain menawarkan rekaan cip 12nm FinFET untuk penjimatan bateri yang lebih baik. Memori yang didatangkan ialah 3GB RAM, iaitu kapasiti memori minimum untuk memberi kelancaran peranti yang baik untuk kegunaan harian.

Apa yang menarik pada peranti ini, ia telah dilengkapi dengan sistem tri-kamera, dengan menawarkan sensor utama 12MP, sensor super wide-angle 13MP, dan sensor 2MP untuk penghasilan bokeh. Melalui penyertaan sensor-sensor ini, ia membolehkan pengguna menikmati penggambaran wide biasa, penggambaran ultra wide-angle, dan penggambaran Portrait Mode untuk hasilan seumpama kamera DSLR. Kamera hadapannya pula hadir dengan sensor 8MP yang mana turut dilengkapi dengan keupayaan beautify untuk sokongan pencantikkan wajah.

Selain daripada sokongan tri-kamera, Wiko View3 juga telah menawarkan kapasiti bateri 4000 mAh iaitu kapasiti bateri yang seharusnya ada untuk penggunaan yang lama. Dengan kapasiti ini, ia bukan sahaja dapat memberi penggunaan atau masa nyalaan skrin yang lama, tetapi turut dapat menawarkan penggunaan melebihi dua hari. Bateri ini dapat dicas melalui sambungan USB-C, namun Wiko tidak menyatakan peranti ini menyokong dengan sebarang fungsi pengecasan pantas.

Wiko View3 Pro

Wiko View3 Pro pula adalah versi yang lebih berkuasa untuk disasarkan kepada pengguna yang menggunakan peranti secara intensif. Apabila dibandingkan dengan Wiko View3, ia boleh dikatakan membawa penawaran yang hampir serupa, terutama dinilai dari segi rekaan dan kapasiti bateri. Namun setelah diteliti, ia terdapat perbezaan empat perubahan utama, iaitu dari segi saiz paparan, kamera, sambungan, dan spesifikasi yang digunakan.

Sekiranya Wiko View3 mempunyai resolusi hanya HD+, versi Pro ini hadir dengan resolusi lebih tinggi iaitu Full HD+. Skrinnya juga hadir dengan paparan yang sedikit besar, iaitu 6.3-inci berbanding 6.26-inci pada Wiko View3. Panel yang digunakan masih sama yang mana digalas melalui panel IPS LCD. Namun dengan resolusi yang lebih tinggi pada Wiko View3 Pro, pengguna dapat menikmati paparan yang lebih tajam tanpa diganggu dengan penampakan piksel yang ketara.

Keupayaan kameranya juga mempunyai sensor yang lebih baik, melalui penyertaan sensor 5MP untuk kebolehan bokeh. Dengan penyertaan sensor ini, kamera peranti ini dijangka akan dapat membuat hasilan bokeh yang lebih baik apabila dibandingkan dengan sensor 2MP pada Wiko View3. Selain sensor bokeh, kamera hadapannya juga telah dinaiktaraf, daripada sensor 8MP kepada sensor 16MP. Jadi bagi pengguna yang mengutamakan aspek penggambaran diri, Wiko View3 Pro ini mungkin lebih disyorkan kepada anda.

Wiko View3 Pro juga telah menggunakan cip MediaTek Helio P60 yang lebih pantas iaitu cip yang sama digunakan pada OPPO F9 dan Vivo V11i. Ia juga menyertakan memori yang lebih tinggi iatu 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB berasaskan eMMC 5.1. Untuk sambungannya, ia kini telah disertakan dengan sokongan NFC bersama fungsi pengecasan pantas untuk menyingkatkan masa pengecasan peranti.

Rumusan

Wiko View3 & Wiko View3 Pro dilihat telah memfokuskan kepada penghasilan peranti yang seimbang, terutama dari segi aspek binaan, prestasi, kamera, dan jangka hayat bateri. Ia menampilkan binaan yang menawan, cip lapan-teras yang pantas, bersama keupayaan kamera yang mempunyai ciri penggambaran ultra wide-angle. Apa yang menarik, kedua-dua model ini turut ditampilkan dengan kapasiti bateri 4000 mAh yang mana boleh dicas melalui sambungan terkini berasaskan USB-C.

Cuma untuk jualannya, harga kedua-dua peranti ini masih tidak diumumkan, namun dijangka akan hadir ke pasaran pada suku kedua tahun ini. Peranti ini mempunyai potensi untuk bersaing dengan Xiaomi Redmi Note 7 yang mana turut menawarkan rekaan yang menarik, prestasi yang pantas, bersama kapasiti bateri yang besar. Sekiranya ia membawa harga yang kompetitif seperti yang dilihat pada Wiko View2 Plus, kedua-dua model ini dijangka akan mendapat sambutan yang baik atas penawarannya yang seimbang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TxuBJi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.