Hi! Welcome Back and Stay Tune! Calon langsung BN adalah formula unik – Ahmad Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Calon langsung BN adalah formula unik – Ahmad Zahid

Zahid-BN

PAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan formula meletakkan calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) adalah unik demi kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau berkata formula Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem itu telah mewujudkan sikap toleransi dan semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen dan ia harus difahami rakyat untuk kepentingan mereka.

Sejumlah 13 calon langsung ini telah menunjukkan semangat sayangkan BN dan sanggup meletak jawatan dalam parti mesra BN kerana yakin BN boleh memberi khidmat terbaik kepada pengundi dan rakyat Sarawak, katanya.

“Calon-calon langsung yang mendapat restu ini harus dimenangkan kerana mereka mendapat sokongan terbaik,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang George di Nanga Nansang dekat sini, hari ini.

Hadir sama calon langsung BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, yang merupakan penyandang kerusi itu.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan gelanggang futsal untuk kegunaan golongan muda di beberapa rumah panjang di kawasan Nanga Nansang.

“Gelanggang futsal ini adalah untuk kegunaan semua anak muda di Rumah Panjang George, Nyah, Chabu, Empati, Wing dan Rumah Panjang Jampung di kawasan ini,” katanya.

-BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VzO6vg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.