Apple Akan Membuka Kilang iPhone Di India Bernilai $10 Billion
“Direka oleh Apple di California. Dipasang di China”. Ini ialah tulisan yang boleh anda lihat di panel belakang setiap iPhone yang dihasilkan. Dalama masa 18 bulan ini bakal berubah kerana Apple menerusi Foxconn dilaporkan akan membuka sebuah kilang iPhone di India. Kilang akan dibuka di sebidang tanah seluas 1200 ekar di Maharashtra. Ini ialah salah sebuah dari 12 kilang yang bakal dibuka oleh Foxconn menjelang 2020. Sebelum ini mereka terpaksa menutup kilang-kilang mereka yang menghasilkan peranti Nokia kerana masalah yang melanda bekas pengeluar peranti mudah alih nombor satu dunia ini.
Laporan turut menyatakan kilang ini akan menelan belanja $10 Billion (~RM 41 Billion) dan adalah strategi Apple untuk mengembangkan jualan iPhone di India. Negara kedua paling ramai penduduk (di belakang China) di dunia ini dilihat sebagai pasaran yang baik untuk peranti keluaran mereka. Dengan pembukaan kilang ini, Apple dapat menggunakan klausa di bawah program Made In India bagi mendapatkan pengecualian cukai. Ini sekaligus dapat mengurangkan kos penghasilan peranti yang dianggap barangan mewah di India.
Jualan iPhone menunjukkan penurunan 22.5% suku pertama tahun ini kerana saingan hebat dari pengeluar dari China. Strategi baru ini boleh dikategorikan sebagai serampang tiga mata yang mengurangkan harga jualan iPhone, meningkatkan jualan di India dan mengurangkan pergantungan kepada pengilangan di China. Ini pastinya berita menarik bagi pengguna yang mendambakan iPhone yang lebih mampu milik.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1WX1ngL
Post a Comment