Pengasas Siri Memperlihatkan Pembantu Maya Baru, Viv – Mengintegrasikan Pelbagai Perkara
Siri merupakan salah satu pembantu maya pintar yang popular yang boleh menjawab pelbagai persoalan. Bergerak kehadapan, selepa menjual Siri kepada Apple, kini pengasasnya hadir dengan pembantu maya terbaru beliau yang dinamakan sebagai Viv.
Menariknya mengenai Viv adalah kemampuan untuk menjawab pelbagai persoalan sukar dan kompleks yang mana buat masa ini adalah salah satu cabaran untuk beberapa pembantu maya yang lain. Seperti Siri, Viv juga beroperasi menggunakan input suara, tetapi beroperasi dengan lebih pintar dan boleh mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh seseorang melalui input suara.
Disamping itu, Viv juga beroperasi sebagai sebuah platform yang membolehkan pembangun lain mengintegrasikan sokongan mereka didalam Viv.
Daripada demo yang diperlihatkan, Viv boleh menjawab persoalan kompleks yang melibatkan data seperti cuaca beberapa hari yang lepas. Selain daripada itu, Viv juga dilihat turut mengintegrasikan sokongan aplikasi ketiga untuk membolehkan pengguna membuat pembelian terus daripada Viv, ataupun membuat tempahan Uber menggunakan arahan suara di Viv.
Viv akan mula diintegrasikan pada beberapa aplikasi serta pelbagai perkara lain bermula daripada penghujung tahun ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TARGPt
Post a Comment