Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan biarkan bangsa hina di bumi sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan biarkan bangsa hina di bumi sendiri



rakyat_malaysia_600

Oleh Yunus Tasim

Dunia telah banyak berubah. Sesiapa yang berumur lebih 50 tahun pasti dapat merasakan dan menyaksikan perubahan tersebut. Yang muda belia mungkin tak terasa sangat. Ada perubahan disebabkan pengetahuan manusia meningkat dan banyak perubahan disebabkan teknologi.

Daripada sistem kenderaan, daripada cara kita melakukan transaksi termasuklah cara kita berhubungan juga turut berubah. Kita boleh tidak berubah. Tetapi kita akan ketinggalan zaman. Mau tidak mahu kita terpaksa berubah.

Perubahan melanda hampir semua aspek kehidupan. Daripada cara kita berfikir, cara kita bertutur waima cara kita memasak turut berubah. Terlalu banyak untuk diketengahkan tetapi di artikel ini biar kita ambil satu contoh perubahan yang mempengaruhi cara hidup kita dan cara kita bertindak.

Perubahan turut mempengaruhi bagaimana kita lihat identiti diri kita sendiri. Ada yang sebut bangsa, ada yang sebut etnik dan ada juga yang suka guna istilah suku kaum. Definisi bangsa juga turut terpalit dengan arus perubahan. Dan kita harus melihat ke dalam diri kita sendiri dan identiti dalaman bangsa kita apakah untung ruginya kita pertahankan definisi sedia ada atau kita harus terima perubahan itu dengan penambahbaikan yang diperlukan demi masa depan kita semua.

Ini yang menghantui orang Melayu sekarang, dan yang turut memomokkan termasuklah ‘pejuang bangsa tulen’, Umno, Perkasa dan Isma. Tak kurang pula daripada kalangan yang bukan asli Melayu dan Melayunya mungkin kerana perkahwinan dan sebagainya.

Dulu kita menyatakan kita adalah dari satu rumpun Melayu yang besar dipanggil ‘Malay Archipelago’ yang merangkumi Indonesia, Filipina, Borneo, Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Thailand, Cambodia (Champa) dan Vietnam. Tetapi sekarang ada ‘Bangsa Melayu’ itu tidak mahu lagi dipanggil Melayu tetapi lebih suka dipanggil Indonesian dan Orang Brunei. Orang Filipina, Orang Cham , Orang Pattani di selatan Thailand dah tak boleh bercakap Melayu seperti Melayu Malaysia atau ‘Melayu’ Indonesia tetapi mereka lebih selesa bercakap bahasa negara tempat mereka tinggal.

Begitu juga dengan bangsa Arab. Mereka lebih suka dipanggil Saudi, Qatari, Emirati, Yemeni, Egyptian, Jordanian dan Syrian daripada hanya kekal dengan dogma lama bangsa Arab. Mungkin dengan momokan keburukan perangai Arab, mereka malu untuk mengaku mereka Arab.

Sama juga apa berlaku kepada orang putih di Eropah. Walaupun United Kingdom pernah menjadi empayar besar yang disegani, tetapi Irish tetap Irish, begitu juga Scottish apatah lagi British. Dan yang telah berhijrah ke Amerika lebih suka memanggil diri mereka Americans walaupun ada yang memanggil diri mereka ABC (American Born Chinese) dan ABK (American Born Koreans). Tetapi mereka ini lebih suka dipanggil Americans dan Australians daripada Chinese, Indian dan Koreannya.

Apakah Melayu harus mempertahankan kemelayuannya seperti sekarang? Dan Dayak serta Kadazan terus memekik Sarawak untuk Dayak dan Sabah untuk Kadazan. Itulah agaknya mantan Timbalan Perdana Menteri mendabik mengatakan beliau adalah Melayu dulu, kemudian baru Malaysian. Dan mungkin ini menyebabkan integrasi nasional tidak pernah berjaya malah makin serabut akhir-akhir ini hingga Kerajaan Sarawak boleh halang rakyat Malaysia daripada memasuki Sarawak atas definisi mereka yang semborono. Amat berbeza dengan DYMM Sultan Johor dan TMJ yang menggunakan istilah ‘Bangsa Johor’ yang terdiri daripada semua etnik di bawah naungan baginda.

Melayu harus melihat ke depan. Cina dan India memang mahu mereka dikenali sebagai Malaysian walaupun di sana memang wujud Cina yang cuvanis yang terus mementingkan cinanya. Tak tahulah apakah ini merupakan reaksi mereka terhadap dasar Melayu itu. Lihat sahaja di syarikat swasta yang HR nya orang Cina, terdetik mengesyaki kepincangan distribusi jawatan penting daripada sudut etnik.

Yang penting Melayu harus bangkit dan memperkasakan diri mereka.Tak guna kita mendabik dada tentang Melayu sedangkan Melayulah yang paling ramai penagih dadah. Melayulah juga yang paling ramai menghidap HIV, dan yang ramai jadi Mat Rempit siapa kalau tak Melayu. Itu belum kes rogol dan sumbang mahram.

Sudah tiba masanya Melayu lihat diri mereka dalam skop dan dunia yang lebih besar. Bukan kurang Melayu yang hebat. Tak mungkin Melayu terus jadi jaguh kampung. Hanya Melayu yang memiliki fikiran dan jiwa yang merdeka dapat bersaing dengan Cina dan India, dan Cina dan India juga suka bersaing dan berkolaborasi dengan Melayu yang mempunyai fikiran dan jiwa merdeka itu. Melayu yang tidak punya jati diri sentiasa mengharap tongkat daripada mereka yang memang suka Melayu terus bertongkat sampai bila-bila. Kerana bagi golongan ini, lebih ramai Melayu yang suka tongkat, lebih lama mereka berkuasa, lebih lama mereka boleh mengaut laba dan memperbodohkan Melayu sebangsa mereka.

Ketika itu, barulah Bangsa Melayu akan benar-benar menjadi hina di bumi mereka sendiri.

Yunus Tasim adalah pembaca FMT

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WXiG0Z

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.