Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelidik MIT Dan Harvard Menghasilkan Krim Yang Menghilangkan Kedutan Kulit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelidik MIT Dan Harvard Menghasilkan Krim Yang Menghilangkan Kedutan Kulit




Apabila bercakap mengenai Massachusetts Institute of Technology dan Harvard, institusi pengajian tinggi ini kerap dikaitkan dengan teknologi moden seperti penciptaan emel dan sistem yang membuang pantulan imej dari gambar. Tetapi kini mereka berjaya menghasilkan produk yang lebih sesuai digunakan di dalam industri kecantikan.  Cross-Linked Polymer Layer (XPL) ialah krim yang menghilangkan kedutan apabila disapu pada permukaan kulit.

Ini menjadikannya produk ajaib yang dimahukan oleh pengguna yang mahu menghilangkan kedutan pada kulit muka tanpa menjalani pembedahan. XPL berfungsi sebagai kulit buatan manusia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Krim yang disapu ini mampu kekal selama 24 jam dan juga kalis air. Selain digunakan di dalam industri kecantikan, XPL boleh digunakan untuk menutup kawasan luka sekaligus mengelakkan jangkitan. Ia turut boleh dijadikan medium untuk menyampaikan dosej ubat secara berterusan selagi ianya disapu pada permukaan kulit. Kepada yang mahukan produk ajaib ini anda perlu menunggu beberapa tahun lagi kerana ia masih sedang diuji untuk digunakan secara komersial.


Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1T0zSl5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.