SanDisk Melancarkan Lima Produk Menambah Muatan Dalaman Peranti Mudah Alih
Apakah saiz muatan dalaman yang ideal untuk peranti mudah alih sekarang? Kami yakin ramai yang bersetuju 16 Gigabyte kini tidak lagi mencukupi kerana saiz aplikasi, gambar dan video yang semakin besar. Trend pasaran sekarang menunjukkan 32 Gibabyte sebagai saiz muatan dalaman paling minimum dengan pilihan menambah memori dalaman dengan menggunakan kad MikroSD. Kepada peranti yang tidak menyokong kad MikroSD seperti Nexus 6P dan iPhone 6S, SanDisk melancarkan beberapa produk yang dapat menyelesaikan masalah muatan dalaman pada peranti mudah alih.
SanDisk iXpand, Ultra Dual USB 3.0 dan Ultra USB Type-C adalah tiga pemacu ibu jari mesra peranti mudah alih yang memasuki pasaran Malaysia hari ini. iXpand ialah pemacu dengan kapasiti sehingga 128 Gigabyte dengan sambungan Lightning dan USB 3.0. Seterusnya ialah Ultra Dual USB 3.0 dengan sambungan MikroUSB yang mampu memberikan kelajuan pemindahan data sehingga 150 MB/s. Akhir sekali ialah Ultra USB Type-C yang mempunyai sambungan USB-C.
Kad MikroSD SanDisk Extreme PRO microSDXC UHS-II turut dilancarkan dengan kapasiti sehingga 128 Gigabyte. Kad ini adalah cukup pantas untuk kegunaan merakam video 4K. Menurut mereka adalah tiga kali ganda lebih pantas berbanding kad MikroSD lain di pasaran. Harga jualan dan pilihan muatan dalaman adalah seperti berikut.
- SanDisk iXpand Flash Drive – RM 179 (16GB), RM 239 (32GB), RM 339 (64GB) dan RM 529 (128GB)
- SanDisk Ultra USB Type-C Flash Drive – RM 49 (16GB), RM 69 (32GB), RM 109 (64GB) dan RM 199 (128GB)
- SanDisk Ultra Dual USB 3.0 – RM 199 (128GB)
- SanDisk Extreme PRO microSDXC UHS-II – RM 599 (64GB) dan RM 1199 (128GB)
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1rOjvNP
Post a Comment