SEBAB-SEBAB KENAPA ADENAN SATEM PERLU GUNA CARA GENTLEMENT WHEN DEALING WITH MALAYA??
Pemimpin-pemimpin dari Borneo dah cuba pelbagai cara. Seawal tahun 1966 lagi sudah cuba. Guna cara Rebel, Sarawak kena darurat. Guna cara Warrior, meletup kapal terbang Sabah. Guna cara Patriot, ISA datang. Guna cara parti tempatan lawan boss Malaya, UMNO masuk Sabah.
Borneo belajar dari kesilapan. Cuma tinggal satu cara belum cuba.
Seperti kata Zainnal Ajamain, pengarang buku The Queen's Obligation, dalam satu video baru-baru ini, Adenan Satem menggunakan cara 'Gentleman'. Dia tahu advantage Sarawak, dia juga tahu disadvantage Malaya. Tapi dia masih cermat dalam berkata-kata.
Istilah lebih tepat, Adenan gunakan cara 'structured negotiation'.
Ini bererti pendekatan Adenan adalah secara tersusun dan tidak bersifat semborono atau riak. Di samping itu Adenan tidak gunakan 17-Perkara atau 20-Perkara yang tidak ada kuasa undang-undang. Dia gunakan Malaysia Agreement 1963. Pilihan dia bijak dan selamat.
Mengapa Adenan gunakan Malaysia Agreement?
Malaysia Agreement 1963 adalah dokumen paling berkuasa di Malaysia. Ianya satu Perjanjian Antarabangsa, tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana sidang Parlimen di Malaysia.
Malaysia Agreement 1963 harus dipatuhi. Kalau Putrajaya enggan patuh, Sarawak boleh heret Putrajaya ke London. Jangan lupa juga baru-baru ini, DUN Sarawak sudah sebulat suara memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk berbuat demikian.
Kata Zainnal, "Jadi sekarang terserah pada Putrajaya mahu selesai dengan baik atau mahu selesai di London."
Jika diselesaikan di London?
Apa-apa keputusan yang dibuat di London ianya tidak layak untuk mendapat Rayuan/Appeal. Keputusan itu muktamad.
"Sarawak boleh berdiri di atas kaki sendiri, walaupun secara realistiknya Sarawak belum bersedia berdiri sendiri. Tapi masih ada satu alternatif lain, cara lain," jelas Zainnal.
Apakah alternatif itu?
Sarawak adalah 'beneficiary' dalam sesebuah Persekutuan. Persekutuan Malaysia lebih bersifat sebuah 'Amanah', bukan negara. Ada Beneficiary, ada juga Pemegang amanah. Dalam kes Malaysia, Pemegang Amanah adalah Malaya.
Sarawak boleh menukar Pemegang Amanah.
Sarawak boleh pilih negara lain sebagai Pemegang Amanah yang baru. Asalkan negara itu adalah negara Commonwealth. Kita boleh pilih Pakistan, India, Singapore, Australia atau New Zealand.
Menyedari implikasi-implikasi yang disebut di atas tadi -- apa yang Sarawak boleh buat dan apa yang Malaya tak boleh halang --, Putrajaya tidak boleh memandang remeh cara Gentleman Adenan.
Adenan mewakili Kerajaan Sarawak menjemput Malaya untuk berunding. Ini adalah rundingan antara Two Nations. Di hadapan mereka adalah Malaysia Agreement 1963.
Sekarang semuanya terletak pada cara Malaya untuk berunding. Bukan Sarawak yang dalam bahaya sekarang. Malaya dalam bahaya.
Seperti kata Zainnal Ajamain, "Jika Putrajaya tersalah langkah... Persekutuan Tanah Melayu akan tersungkur dan tidak boleh berdiri lagi."
Sarawak Gentleman sekarang tunggu.
Mahu selesai cara baik atau selesai di London #Silakan
* * * * *
Diedit pada 6 Feb untuk memasukkan post-post berkaitan:
1
Maklumat lanjut berkenaan 'Pemegang Amanah' dan 'United Nations Resolution 1541', diceritakan dengan semudah-mudah bahasa.
https://www.facebook.com/238193586349851/photos/a.238216913014185.1073741828.238193586349851/557954371040436/

2
Sarawak beruntung kerana PRN 2016 tidak diadakan serentak dengan PRU 2018. Pendapat kami bagaimana Adenan menggunakan dua pilihanraya ini untuk menekan Najib.
https://www.facebook.com/238193586349851/photos/a.238216913014185.1073741828.238193586349851/556113227891217/

3
Sebuah sketsa tentang sumbangan tiga rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia dan kenapa perlu adanya sempadan autonomi di antara Malaya dan Borneo.
https://www.facebook.com/238193586349851/photos/a.238216913014185.1073741828.238193586349851/554477308054809/

_______________
Photo credit Team One Julaihi
Photo credit Team One Julaihi
Sumber : https://www.facebook.com/238193586349851/photos/a.238216913014185.1073741828.238193586349851/557289914440215/?type=3
Post a Comment