Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saksi Dedah Detik Cemas Helikopter Eucopter AS350 Terhempas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saksi Dedah Detik Cemas Helikopter Eucopter AS350 Terhempas

1

Saksi Dedah Detik Cemas Helikopter Eucopter AS350 Terhempas | Seorang penduduk yang mendiami rumah panjang di Kampung Seduku, Sri Aman mendakwa dia melihat sebuah daripada empat helikopter yang melalui kampungnya dipanah petir pada hari Khamis yang lalu..
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu, Mona Lipek menyatakan dirinya sedang berehat di beranda rumahnya apabila melihat empat helikopter melintasi kawasan perkampungan mereka menuju ke arah Sebuyau.
Dia melihat helikopter keempat yang berada di belakang sekali tiba-tiba dipanah petir menyebabkan kelihatan tidak stabil.
“Disebabkan takut, saya terus masuk ke dalam rumah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Pada masa sama, cuaca yang ketika itu hujan bertukar menjadi ribut dan angin kencang menyebabkan bunyi helikopter itu tidak kedengaran lagi,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Gelang Kadir mendakwa beberapa pokok kelapa bergoyang manakala rumahnya terasa bergegar apabila sebuah helikopter terbang rendah melintasi perkampungan mereka sekitar jam 4.30 petang pada hari kejadian helikopter membawa rombongan kenamaan itu dilaporkan terhempas.
“Saya sedang memasak apabila terasa rumah bergegar dan bumbung pula seperti mahu tercabut. Apabila memandang ke luar tingkap, saya nampak sebuah helikopter terbang begitu rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” ujarnya.
The post Saksi Dedah Detik Cemas Helikopter Eucopter AS350 Terhempas appeared first on Media Sensasi.


Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan http://bit.ly/klikebook

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.