Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Lenovo X Tertiris – Dua Model Berbeza Dengan Rekaan Modular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Lenovo X Tertiris – Dua Model Berbeza Dengan Rekaan Modular

Semalam kami melaporkan ketirisan tiga gambar yang dipercayai ialah Lenovo Moto X 2016. Kini beberapa maklumat baru diketahui ihsan Evan Blass, raja peniris maklumat tentang peranti pintar di dunia. Menurut beliau apa yang anda lihat semalam ialah gambar dua model berbeza Moto X 2016 yang diberikan kod nama  Vertex dan Vector Thin.

Moto-X-Vector-Thin-VertexVector Thin mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. Ia mempunyai skrin 5.5″ AMOLED QHD, pemproses Snapdragon 820, RAM 3/4 GB dan muatan dalaman 32 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dengan pemfokusan laser dan bateri sebesar 2600 mAh. Bateri yang digunakan adalah agak kecil kerana peranti hanya setebal 5.2mm. Sebagai perbandingan iPhone 6S ialah setebal 7.1 mm manakala Galaxy S7 Edge ialah setebal 7.7 mm. Peranti berwarna hitam yang dipaparkan oleh kami semalam ialah Vector Thin.

Vertex pula mempunyai skrin 5.5″ AMOLED FHD, pemproses Snapdragon 652, RAM 2/3 GB dan muatan dalaman 16/32 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel dengan OIS. Bateri yang digunakan ialah sebesar 3600 mAh. Ia lebih tebal berbanding Vector Thin iaitu sekitar 7mm. Peranti berwarna putih yang dipaparkan semalam ialah Vertex.

Kedua-dua peranti mempunyai rekaan modular tetapi berbeza daripada LG G5. Modul tambahan disambung terus pada panel belakang melalui sistem seakan Smart Connect. Antara modul yang dipercayai dihasilkan ialah bateri tambahan, pemegang kamera, pembesar suara stereo, lensa sudut lebar dan projector pico.

Lenovo sudahpun menggunakan rekaan modular seperti ini pada komputer riba Lenovo Thinkpad X1 Tablet mereka. Sistem modul yang bersambung pada panel belakang ini pernah dilihat sebelum ini pada project i-Blades yang mengumpul dana menerusi Kickstarter. I-Blades bersambung secara magnetik pada kerangka khas dan membolehkan pengguna menambah muatan dalaman dan kapasiti bateri dengan mudah.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1T2hkgR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.