Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Aksi Xiaomi Yi 4K Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Aksi Xiaomi Yi 4K Dilancarkan

Raja kamera aksi tidak lain dan tidak bukan ialah GoPro. Kamera aksi ini sangat boleh diandalkan sehingga digunakan untuk rakaman aksi lasak di dalam filem Hollywood The Martian. Takhta ini mungkin akan menerima saingan dari Xiaomi kerana mereka baru sahaja melancarkan kamera aksi Xiaomi Yi 4K.

Xiaomi yi 4K kamera 2Kamera ini dilengkapi dengan sensor 12 Megapixel IMX377 f/2.8 buatan Sony dengan lensa sudut lepas 155 darjah serta sokongan OIS enam paksi.  Pada panel belakang terdapat skrin sesentuh sebesar 2.19 inci. Ia mampu merakam pada video pada resolusi 4K 30 FPS,  2.5K 30 FPS, 1440P 60 FPS, 1080P 120 FPS dan 720P 240 FPS.  Bateri sebesar 1400 mAH digunakan dan ini mampu memberikan tempoh rakaman 4K selama 2 jam. Kamera ini turut menyokong WiFi 2.4GHz dan 5.0GHz serta tambatan Bluetooth 4.0. Terdapat tiga pilihan waran iaitu hitam, putih dan emas merah jambu. Harga jualan pula ialah RMB 1199 (~RM 740) sebuah.





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1XbaBWC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.