Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wakil Parlimen Mahasiswa perlu hayati asas pemilihan melalui pilihan raya: Pandikar Amin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wakil Parlimen Mahasiswa perlu hayati asas pemilihan melalui pilihan raya: Pandikar Amin

RAMAH MESRA: Ismail (dua kanan) diperkenalkan kepada mahasiswa oleh Noor Azlan (kiri) pada majlis perasmian pembukaan Parlimen Mahasiswa UKM di Kampus Induk UKM dekat Bangi, semalam. — Gambar Bernama

RAMAH MESRA: Ismail (dua kanan) diperkenalkan kepada mahasiswa oleh Noor Azlan (kiri) pada majlis perasmian pembukaan Parlimen Mahasiswa UKM di Kampus Induk UKM dekat Bangi, semalam. — Gambar Bernama

BANGI: Wakil Parlimen Mahasiswa harus menghayati asas pemilihan  melalui pilihan raya sama ada di peringkat majlis perwakilan pelajar, kolej kediaman mahupun mesyuarat agung persatuan mahasiswa dan kelab di universiti adalah atas semangat demokrasi,  kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, setiap perwakilan Parlimen Mahasiswa harus turut memahami bahawa demokrasi juga bermaksud suara keputusan majoriti perlu dituruti namun pada masa yang sama keputusan  ahli minoriti harus dihormati.

“Itulah prinsip demokrasi yang tulen,” katanya dalam ucaptama sempena pembukaan Parlimen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sidang Kedua bagi sesi 2015/2016 di  universiti itu di sini Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Pandikar Amin berkata program Parlimen Mahasiswa membuka ruang kepada mahasiswa untuk  bersuara sejajar dengan amalan prinsip demokrasi negara.

Parlimen Mahasiswa menjadi platform terbaik bagi memberikan peluang kepada wakil-wakil  mahasiswa melontar pandangan dan idea bernas kepada pengurusan universiti dalam merangka  program kemahasiswaan dan pembangunan, jelasnya.

Menurut beliau, ahli Parlimen Mahasiswa harus bijak dan bertanggungjawab menggunakan  keistimewaan Parlimen (kebebasan bersuara) yang diberikan dan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan dan idea selain bercakap berlandaskan fakta.

Sementara itu Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata, Parlimen Mahasiswa merupakan perantara pihak pengurusan universiti dan pelajar khususnya  berkaitan kebajikan dan keperluan  pelajar.

“Parlimen Mahasiswa juga menjadi platform utama yang bertanggungjawab dalam merancang dan  mengendalikan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar  universiti yang lebih kondusif dan harmoni,” katanya lagi.

Sejumlah 85 anggota Parlimen Mahasiswa UKM dijangka membentangkan dan membincangkan hal-hal semasa yang dihadapi oleh pelajar dalam persidangan dua hari yang bermula semalam. — Bernama





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1TdWevS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.