Ratusan ular ditemui dalam rumah pesara
PETALING JAYA: Bukan hanya kerana musim panas tetapi musim mengawan juga boleh menyebabkan ular masuk ke dalam rumah mencari tempat perlindungan yang selamat.
Dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah rumah di wilayah Lakhimpur di Uttar Pradesh, India, seorang lelaki dikejutkan daripada tidur selepas mendapati kira-kira 186 ular dalam kediamannya.
Pada awalnya, pesara pegawai perhutanan, Jitenda Mishra hanya melihat tiga ekor ular di sudut biliknya sebaik kejut dari tidur selepas mendengar bunyi berdesit.
Namun dalam percubaan menghalau ular tersebut dia terperanjat melihat lebih 100 ekor ular yang lain di atas lantai rumahnya.
Ekoran itu, dia segera mengejutkan semua ahli keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri selain meminta bantuan jiran-jiran setempat dan pihak berkuasa untuk menghalau ular-ular itu.
Penduduk setempat akhirnya berjaya menghalau semua ular termasuk dengan melepaskannya kembali ke dalam hutan berdekatan.
Menurut jurucakap Perhutanan Uttar Pradesh, Sanjay Biswal, ular-ular itu dipercayai masuk menggunakan ruang tanah perigi berhampiran rumah Jitenda dan menyelusup masuk ke dalam rumahnya.
Apabila diperiksa, kira-kira 186 ular ditemui di dalam dan di ruang bawah tanah perigi tersebut.
Malah, Sanjay akui wujud beberapa sebab ular-ular itu ditemui di dalam rumah, antaranya ialah kerana ia musim ular mengawan.
“Ular cenderung mencari tempat yang selamat untuk mengawan.
“Kami sedang meneliti perkara itu lagi,” katanya, lapor Deccan Chronicle.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/229Fgo8
Post a Comment