Kembalikan kuasa Agong: Najib harus pertimbang cadangan Sultan Johor
PETALING JAYA: Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan seharusnya dipersetujui.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, ia sekali gus memperkukuh kuasa Agong itu sendiri yang dilihat berada pada kedudukan tertinggi memutuskan sesuatu keputusan berbanding Parlimen.
Katanya, Agong sebagai pembuat keputusan terakhir sebelum ini pernah dilaksanakan, namun kuasa tersebut telah ditarik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
“Dulu sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pernah timbul isu ini. Ketika itu Sultan Johor dalam giliran menjadi Agong. Dr Mahathir buat pindaan perlembagaan terhadap kuasa veto Agong dengan menarik semula kuasa tersebut.
“Ia melibatkan, sesuatu rang undang-undang harus diluluskan oleh Agong dalam tempoh 30 hari dibentang tetapi jika Agong tidak meluluskannya dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan lulus secara automatik.
“Oleh yang demikian saya menyokong cadangan Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kuasa itu tepat pada masanya. Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkan semula perkara itu.
Namun, kalau mahu membenarkan kuasa Agong sebagai kuasa tertinggi, persoalannya adakah Parlimen sekarang bersedia untuk mengembalikan perlembagaan asal?” soalnya kepada FMT pula.
Semantara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),Abdullah Zaik Abdul Rahman turut menyokong cadangan Sultan Ibrahim bagi memastikan keseimbangan antara kuasa Parlimen dan kuasa Agong. Ini supaya sesuatu keputusan untuk meluluskan undang-undang tidak berat sebelah.
“Saya secara umumnya melihat perlunya keseimbangan antara kuasa Parlimen dengan kuasa Agong. Sekiranya kuasa itu diberi kepada satu pihak sahaja dan ia tidak boleh diimbangi oleh pihak lain, akan wujud masalah. Malah, kalau diberi sepenuhnya kepada Parlimen sahaja pun akan menimbukan masalah dan menyebabkan berlakunya krisis serta tidak akan membawa penyelesaian,” katanya kepada FMT.
Tambah Zaik, Agong juga perlu memahami kehendak masyarakat sebelum bertindak meluluskan sesuatu undang-undang terutamanya melibatkan isu kepentingan Islam dan orang Melayu supaya tidak menyinggung hati pihak lain.
“Agong juga perlu mengikut kehendak masyarakat, sebagai contoh kalau isu itu berkaitan dengan Islam atau masyarat Islam, maknannya Agong kena ikut kehendak dan pandangan masyarat Islam, pada masa sama kena memahami kehendak masyarat lain,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/23ReNv9
Post a Comment