Tikar Te' Terpanjang di Dunia Hasil Kerja Kraftangan Unik Penduduk Sungai Asap, Belaga, Sarawak
Bila menyebut hasil seni kraftangan Sarawak memang tidak asing kepada pelancong dalam dan luar negeri. Ini termasuklah seni pembuatan tembika, tikar anyaman rotan, rantai manik dan banyak lagi yang selama ini dihasilkan oleh pelbagai etnik di Sarawak.
Tapi kali ini anda memang akan terkejut bila melihat atau mendengar sebuah Tikar atau disebut sebagai Tikar Te' oleh penduduk tempatan merupakan yang terpanjang di bumi Sarawak. Tikar ini adalah hasilcipta oleh penduduk tempatan di Sungai Asap iaitu daerah Belaga di Bahagian Kapit Sarawak. Pada masa ini walaupun belum ada pengesahan rasmi berapa panjang tikar tersebut tapi memang telah diakui akan memegang rekod Malaysian Book of Records dan mungkin juga Guinness Book of World Records. Tahniah Anak Sarawak.
Kredit : Mua Bup Pegari Facebook
Post a Comment