Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia tawar 3 juta tempat duduk murah ke semua tempat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia tawar 3 juta tempat duduk murah ke semua tempat

Tempat duduk promosi AirAsia boleh didapati untuk tempahan dari 13 hingga 19 Jun ini bagi tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 21 Ogos tahun depan. — Foto Reuters KUALA LUMPUR, 12 Jun — AirAsia menawarkan sehingga tiga juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbaharunya bagi seluruh rangkaian jarak jauh dan jarak pendeknya.

Bermula daripada tambang asas RM0, tidak termasuk cukai dan fi, penumpang boleh membuat perjalanan ke mana-mana lebih daripada 120 destinasi di 24 negara melalui AirAsia dan AirAsia X, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan di sini.

Tempat duduk promosi itu boleh didapati untuk tempahan dari 13-19 Jun ini untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 21 Ogos, 2017 di AirAsia.com dan aplikasi mudah alih.

Ketua pegawai komersial kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata ia merupakan peluang yang baik untuk meneroka rangkaiannya yang luas, dijadikan lebih menarik dengan tambahan Shantou, Auckland, Mauritius dan Tehran.

“Kami turut menghubungkan Johor Baru ke Guangzhou dan Hat Yai, serta Pulau Pinang ke Yangon, selain meningkatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei,” katanya.

Di samping itu, penumpang dengan penerbangan AirAsia X boleh menikmati diskaun bagi produk Premium Flatbed yang mendapat pengiktirafan, dengan harga bermula dari hanya RM799 sehala.

Bagi aktiviti dan promosi terkini AirAsia, layari Twitter dan Facebook. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1U7pXfN

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.