Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantuan kerajaan kepada rakyat bukan bermusim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantuan kerajaan kepada rakyat bukan bermusim

bantuan-idris

BESUT: Pelbagai bantuan diberikan kerajaan kepada rakyat sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan adalah secara berterusan dan bukannya secara bermusim, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kerajaan amat menitik-beratkan keperluan rakyat selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ dan bantuan diberikan tanpa mengira fahaman politik.

“Ia merupakan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memilih mereka sebagai pemimpin.

“Kerajaan tidak memilih bulu dan tidak melakukannya secara bermusim atau pada masa ketibaan sesuatu perayaan sahaja malah diteruskan sepanjang tahun,” katanya pada program Ziarah Ramadan di Kampung Gong Badang, dekat sini semalam.

Pada program itu yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof, Idris menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk miskin.

Idris yang merupakan Anggota Parlimen Besut berkata penduduk kurang berkemampuan di kawasannya terutama yang masih tidak memiliki kediaman sendiri sedang dibantu menerusi Program Rumah Komuniti yang dilaksanakan dengan kerjasama Politeknik, Kolej Komuniti, masyarakat setempat dan syarikat swasta.

Katanya program berkenaan akan menyediakan sebanyak 100 buah rumah dengan 20 daripadanya telah siap dan akan diserahkan kepada pemiliknya menjelang perayaan Aidilfitri ini.

“Dengan pembinaan 100 buah rumah dengan kos RM2 juta melalui Program Rumah Komuniti itu nanti kita menjangkakan 80 peratus daripada penduduk miskin yang tidak mempunyai rumah akan dapat memiliki kediaman sendiri,” katanya.

-Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UtjuGd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.