Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siasatan kes kematian menantu TPM di klinik selesai, kata menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siasatan kes kematian menantu TPM di klinik selesai, kata menteri

Kementerian Kesihatan sedang menunggu hasil siasatan polis yang dijangka siap sepenuhnya minggu depan untuk tindakan lanjut, kata Datuk Seri Dr S Subramaniam. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 12 Jun — Kementerian Kesihatan telah menyelesaikan siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya kini sedang menunggu hasil siasatan polis yang dijangka siap sepenuhnya minggu depan untuk tindakan lanjut.

“Bila kedua-dua pihak dah siap, baru kita boleh ambil tindakan mengikut perundangan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan manakala polis pula melihat dari sudut Kanun Acara Jenayah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pencarian bakat bola sepak Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Stadium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, dekat sini.

Syed Alman Zain, 44, suami anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal dunia pada 1 Jun lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di sini.

Sementara itu, Dr Subramaniam yang juga presiden MIC berkata program pencarian bakat bola sepak yang dijalankan MIFA dengan kerjasama Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) menerima sambutan menggalakkan.

“Dengan dana berjumlah RM2.6 juta yang ditaja SEDIC, kita telah menjalankan bengkel latihan dan usaha mencari bakat generasi muda dengan penyertaan sebanyak 2,300 orang di semua 37 tempat, iaitu sekali ganda daripada sasaran awal 1,200 orang,” katanya.

Justeru itu beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat mempertimbangkan untuk menambah jumlah peruntukkan bagi MIFA terus menjalankan program transformasi sukan dalam kalangan masyarakat India di seluruh negara.

“Kita memerlukan dana lebih kurang RM10 juta setiap tahun untuk meneruskan program yang memang menjadi agenda transformasi MIC ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan dan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1UJq9if

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.