Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 lemas kejadian bot karam di Kota Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 lemas kejadian bot karam di Kota Tinggi

lemas

JOHOR BAHRU: Tujuh warga Indonesia lemas manakala 34 yang lain terselamat dalam kejadian bot karam di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata sehingga 12 tengah hari ini, tujuh mayat ditemui terdiri daripada dua lelaki dan lima wanita berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Beliau berkata semua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

Katanya, polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.45 malam memaklumkan terdengar suara meminta tolong dari arah pantai tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa karam yang lain dimulakan melibatkan polis, tentera, marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa agensi lain, yang bertumpu kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bot pancung itu dinaiki kira-kira 60 penumpang.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini menuju Batam,” katanya.

Berhubung kejadian itu, Pasukan 21 Artileri Diraja Pos Sepang berkata mereka menahan 34 pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada 26 lelaki dan lapan wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari berkata semua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dilaporkan membayar antara RM500 hingga RM1,200 kepada tekong bot berkenaan untuk membolehkan mereka menaiki bot tersebut.

“Mereka dikumpul di sebuah kawasan hutan sebelum cuba diseludup keluar menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

“Maklumat daripada mangsa yang selamat memberitahu bot pancung itu dipukul ombak antara satu hingga dua meter menyebabkannya terumbang-ambing sebelum terbalik.

“Mereka diselamatkan oleh orang kampung dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak tentera,” kata Rohaizi.

Berdasarkan semakan awal, hanya tiga daripada 34 mangsa yang selamat mempunyai pasport manakala yang lain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata mangsa yang selamat akan dirujuk kepada pihak Konsulat Indonesia di sini untuk tindakan lanjut.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a9ETbV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.